Tak tahan terus diaibkan, ultras Kelantan desak Zamsaham jual kelab harga ‘mur-mur’ – Sukan


KESAKITAN yang dialami oleh penyokong Kelantan FC sudah tidak dapat dibendung lagi. Selepas mengharungi beberapa siri kekalahan memalukan dalam aksi Liga Super, The Red Warriors terus dibelasah oleh pihak lawan.

Terkini, Kelantan dibelasah oleh Kelantan United FC dengan tujuh gol tanpa balas dalam aksi suku akhir pertama Challenge Cup pada Isnin.

Kekalahan memalukan itu telah menyukarkan lagi cabaran The Red Warriors untuk bangkit dalam Challenge Cup sekali gus cuba mencari nota positif kepada musim mereka yang penuh negatif.

Pada hemat penyokong, mereka berasakan sudah tiba masa perubahan dilakukan oleh pihak atasan tetapi bukan kepada pasukan, sebaliknya pengurusan itu sendiri.

Kelantan United FC menang 7-0 ke atas Kelantan FC dalam suku akhir pertama Challenge Cup. — Facebook/MFL

Gerakan ultras Kelantan, Gate H Boys (GHB) secara terbuka mahukan pemilik kelab iaitu Norizam Tukiman segera menjual Kelantan supaya segala permasalahan dapat diatasi.

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham merupakan watak tidak popular dalam kalangan penyokong Kelantan kerana pelbagai isu luar padang yang masih gagal diselesaikan.

“Sifir dia mudah saja, selagi tak bebas daripada sekatan perpindahan dan bebas dari kes FIFA, selagi itu kita jadi mangsa belasahan. Kalau rasa tak boleh nak kemudi (kelab), jual saja murah-murah.

“Keadaan bot dengan enjin dah rosak, bocor banyak. Tak payah fikir nak jual mahal lah,” kata GHB.

Gerakan ultras Kelantan itu juga menyelar tindakan Zamsaham yang seolah-olah lepas tangan terhadap apa yang berlaku dan mengharapkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Muzakkir Hamid menyelesaikan segalanya.

“Bos (Zamsaham) pun sekarang ni asyik update status rehat-rehat (di) rumah, lepaskan semuanya kepada CEO. Kalau kau tak ada duit, letaklah siapa pun CEO tetap jahanam.

“Pengurusan kali ini pengurusan paling keras kepala dalam sejarah bola sepak Kelantan,” tambah GHB.

Sehingga kini, Zamsaham tidak mengeluarkan sebarang kenyataan akibat kekalahan besar terhadap Kelantan United itu.

Sebelum ini, pemilik Kelantan itu dikaitkan dengan penjualan kelabnya kepada beberapa individu namun masih tiada sebarang perkembangan mengenai perkara tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bekas staf Pan-gon jadi calon gantikan tugas Elavarasan bersama Harimau Muda – Sukan

Next Post

‘Orang sanggup bayar duit tengok mereka main’, legenda import dedah Arif Aiman dan Faisal Halim kini dalam radar kelab elit Australia – Sukan

Related Posts