Tak semua macam Dions Cools, kenali 4 pemain warisan gagal sarung jersi Harimau Malaya – Sukan


PEMAIN pertahanan yang menjad nadi utama pasukan Harimau Malaya mara ke Piala Asia 2023, Dion Cools kini menjadi tonggak utama buat kelabnya, Buriram United.

Cools memutuskan untuk beraksi di Thailand meskipun menampilkan prestasi yang baik bersama kelab Liga Republik Czech, FK Jablonec.

Baru-baru ini, pemain kelahiran Belgium itu berjaya membantu Buriram United layak ke peringkat seterusnya dalam saingan Thai League Cup menewaskan Muangthong United dengan keputusan 2-1.

Sebenarnya perjalanan Cools untuk beraksi di Liga Thailand mungkin tidak menjadi kenyataan, jika dia menolak untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya.

Sejak kebelakangan ini lambakan pemain-pemain warisan seperti Darren Lok, Matthew Davies, Brendan Gan, Stuart Wilkin dan Dion Cools dapat memberikan impak positif buat skuad kebangsaan.

Namun, adakah anda tahu tidak semua pemain warisan yang bermain di Liga Malaysia mampu mengikuti jejak langkah Dion Cools yang berjaya bersama Harimau Malaya sekali gus diangkat sebagai kapten pasukan?

Ini merupakan empat pemain warisan yang gagal memikat hati untuk dipanggil menyarung jersi skuad kebangsaan:

Ferns mengumumkan persaraannya dari dunia bola selepas menerima tunggakan gaji dari Melaka United. — Facebook/MUSA

1. Curran Ferns (Australia)

Curran Ferns pertama kali beraksi di Malaysia ialah pada 2016, yang mana dia menyertai Johor Darul Takzim (JDT) bersama-sama pemain kacukan yang lain seperti Stuart Wark dan Samuel Somervile.

Bekas pemain berusia 29 tahun ini pernah beraksi selama satu setengah musim bersama Felda sebelum berhijrah ke Sukhothai FC pada pertengahan 2018 bersama-sama Shahrel Fikri yang menyertai Nakhon Ratchasima FC ketika itu.

Namun, Ferns jarang mendapat peluang untuk tampil dalam kesebelasan Sukhothai dan kerap memanaskan bangku simpanan sehingga menyebabkan dia kembali ke Malaysia mewakili Melaka United pada 2019.

Malangnya tragedi hitam mula berlaku apabila Ferns mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak pada usia 27 tahun selepas menerima tunggakan gaji dari Melaka United.

Kevin Gunter pernah mencuba nasib di Malaysia bersama JDT pada 2015. — Facebook/JDT

2. Kevin Gunter (Switzerland)

Pasti ramai yang tidak mengenali pemain kacukan Switzerland-Sarawak, Kevin Gunter yang pernah beraksi di dalam Liga Malaysia.

Pemain berusia 30 tahun itu pertama kali mencuba nasib di Malaysia ialah pada 2015 bersama Johor Darul Takzim (JDT).

Gunter pernah bermain untuk salah sebuah kelab bola sepak terkenal di Switzerland, FC Zurich ketika masih remaja.

Namun, Gunter gagal memikat hati barisan kejurulatihan JDT untuk diberikan kontrak bermain bersama Harimau Selatan yang ketika itu dipenuhi pemain bintang kebangsaan.

Selepas itu pemain yang beraksi di posisi tengah itu mencuba nasibnya bersama Penang FC dan Sarawak United namun masih gagal memikat hati kedua-dua pasukan.

Ketika ini tidak diketahui status Gunter sama ada masih meneruskan kerjaya sebagai pemain bola sepak ataupun sudah menggantung but.

Stuart Wark berhijrah ke Thailand dengan menyertai Kasetsart FC. — Facebook/Kasetsart FC

3. Stuart Wark (Scotland)

Perjalanan karier bola sepak Stuart Wark di Malaysia bermula pada 2015 diberi peluang menyertai latihan bersama pasukan bimbingan Mario Gomez ketika itu.

Kini berusia 33 tahun, Stuart Wark masih gagal memikat hati mana-mana jurulatih kebangsaan meskipun sudah mula bermain di dalam Liga Malaysia sejak 2015.

Stuart Wark pernah beraksi bersama beberapa kelab di Liga Malaysia antaranya ialah Sabah, Felda United, Penang, PDRM, Terengganu dan Sarawak United.

Musim ini, Stuart Wark berhijrah ke Thailand dengan menyertai Kasetsart FC selepas hampir sembilan tahun beraksi di dalam Liga Malaysia.

Keputusan Stuart Wark mungkin disebabkan faktor trauma dengan kelab Malaysia yang diwakilinya sering tidak membayar gaji.

Baru-baru ini, dia turut mendedahkan ada pemain tempatan terpaksa menukar profesion, berhenti bermain bola sepak secara profesional dan memilih untuk menjadi tentera disebabkan masalah tunggakan gaji yang dialaminya.

Swirad kini beraksi bersama Sri Pahang FC. — Facebook/Sri Pahang FC

4. Nicholas Swirad (England)

Penyokong Sri Pahang FC pastinya mengenali pemain berusia 31 tahun ini yang beraksi bersama Tok Gajah musim lalu.

Nicholas Swirad mula berkelana di Malaysia sejak 2016 bermain bersama JDT 2 sebelum berhijrah ke beberapa pasukan di seperti Melaka United, PKNS, Selangor dan Pahang.

Ketika bersama PKNS, Swirad pernah mendapat panggilan skuad kebangsaan yang mana ketika itu untuk menghadapi kejohanan empat negara, Piala AIRMARINE 2019.

Malang tidak berbau disebabkan faktor kesihatan, Swirad ketika itu terpaksa digugurkan dan sekali gus tidak dapat menyarung jersi skuad kebangsaan.

Namun peluang datang buat kali kedua apabila Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyenaraikannya dalam 29 pemain bagi menyertai kem latihan pusat untuk menghadapi Piala AFF 2022.

Tetapi, pertahanan Sri Pahang FC ini tidak dapat menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan kerana masalah keluarga.

Sebelum menyertai Pahang, Swirad pernah berkelana ke Thailand beraksi bersama Nongbua Pitchaya dan membantu mereka menjuarai liga divisyen kedua Thailand.

Cuma, nasib tidak menyebelahinya apabila peraturan liga yang tidak membenarkan dia untuk beraksi di Liga Utama Thailand kerana tidak mempunyai caps yang cukup bersama skuad kebangsaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pintu belum tertutup, sentuhan ‘Pak Ngah’ boleh bantu 3 kelab termasuk Terengganu FC pada 2023 – Sukan

Next Post

Kedua di dunia selepas PSG, Selangor skuad pertama Malaysia ada team MLBB – Sukan

Related Posts