Tak sangka Penang FC beri saingan sengit tanpa pemain import — K Devan – Sukan

KETUA Jurulatih Negeri Sembilan (NSFC), K Devan, tidak menjangka Penang FC mampu memberikan saingan sengit walaupun turun tanpa pemain import.

K Devan berkata, kemenangan 3-2 ke atas penang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan bukanlah sesuatu yang mudah.

“Penang FC mempamerkan saingan sengit meskipun beraksi tanpa pemain utama dengan memberikan tekanan kepada tuan rumah sepanjang perlawanan berlangsung.

“Saya tidak sangka Penang FC bermain seperti ini walaupun mereka turun dengan ketiadaan beberapa pemain import, pujian harus diberi kepada Penang FC.

“Kita bermula dengan baik dan mencipta banyak peluang ketika babak pertama perlawanan. Boleh dikatakan kita berhak menang malam ini tetapi tiada penyudah begitu baik,” katanya.

Pemain NSFC meraikan kemenangan selepas bertemu Penang FC. — Bernama

Devan berkata, Penang FC menyukarkan pasukan tuan rumah untuk meraih kemenangan mudah 3-2.

Beliau berkata, walaupun hanya menang tipis ke atas Penang FC beliau tetap berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan pasukannya sehingga tamat perlawanan.

Dalam pada itu, beliau mahu pasukan meneruskan rentak kemenangan bagi mengekalkan NSFC berada dalam kelompok kedudukan tertinggi liga.

“Walaupun kita ada baki tujuh perlawanan lagi, fokus pemain amat penting untuk memastikan pasukan kekal dalam kelompok pasukan terbaik musim ini,” katanya.

Beliau menyifatkan pasukan seperti Selangor FC, Terengganu FC dan Kedah FC antara pesaing yang boleh mencabar kedudukan skuadnya itu.

Sementara itu, Pengendali Penang FC Zainal Abidin Hassan melahirkan rasa kecewa selepas gagal mengutip tiga mata penuh di laman lawan namun tetap memuji kesungguhan pemain mencari peluang menyamakan kedudukan. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Antara gunting dan kesetiaan, mesej jelas penyokong Kedah untuk pengurusan – Sukan

Next Post

Piala AFC: KL City tanggung kos pengangkutan penyokong di Vietnam – Sukan

Related Posts