Tak parkir bas, K Devan ada objektif baharu buat NSFC bila sekali lagi jumpa JDT – Sukan


MESKIPUN peluang untuk melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia 2023 boleh dianggap mustahil, skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) tidak akan mudah menyerah kalah apabila berdepan Johor Darul Takzim (JDT) pada aksi suku akhir kedua saingan itu, 23 September ini.

Pengendali NSFC, K. Devan percaya anak buahnya mempunyai semangat dan disiplin yang tinggi untuk memberikan cabaran sengit kepada juara bertahan itu di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

“Kita bercakap secara realiti (ke separuh akhir), jadi kita kena berjuang hadapi JDT… saya beritahu pemain, selepas tamat 90 minit perlawanan, kita perlu bangga dengan diri, apa yang kita persembahkan, saya rasa mereka boleh tunjukkan mereka boleh bermain dengan baik.

“Mungkin dari segi kualtii kita kurang, tapi kita ada disiplin dan taktikal yang bagus. Harapan saya kalau boleh tak nak bolos (pada suku akhir kedua), itu objektifnya,” katanya kepada pemberita selepas aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2023 menentang JDT di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi di Seremban, pada Rabu.

Kesebelasan utama skuad Jang menentang JDT. — Facebook/NegeriSembilanFC

Pada aksi tersebut, JDT menewaskan tuan rumah 3-0 hasil jaringan Arif Aiman Mohd Hanapi pada minit ke-20 dan sepakan penalti pada minit ke-31, serta gol semasa waktu kecederaan oleh penyerang import dari Brazil, Bergson Da Silva.

Mengulas mengenai aksi suku akhir pertama itu, Devan berkata, NSFC tidak bermain secara ‘parkir bas’ sebaliknya sering melakukan serangan ke arah pintu gol lawan.

Dia turut memuji prestasi penjaga gol muda, Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil yang diturunkan sepenuh masa selepas Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman kini bersama skuad bawah 23 tahun kebangsaan untuk aksi kelayakan Piala Asia B-23 di Thailand.

“Muhammad Firdaus Irman pemain muda bawah 23 tahun, empat perlawanan diberi peluang bermain dan ada peningkatan, kalau dia diberi peluang lagi, dia pun boleh menyaingi tempat Sikh Izhan,” katanya.

Sementara itu, pengendali JDT, Esteban Solari menyifatkan perlawanan suku akhir pertama itu penting selain tiada alasan untuk anak buahnya mengambil mudah biarpun berdepan pasukan yang pernah ditewaskan dengan jaringan 7-0 dalam saingan Liga Super di Seremban, pada Mac lepas. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dua faktor hampakan cita-cita Wan Zack di Jepun – Sukan

Next Post

[VIDEO] ‘100 tahun ke mano, CEO out’ luahan ultras skuad Jang lepas tewas di tangan JDT – Sukan

Related Posts