‘Tak nak kalah dengan Perak FC’, 2 prospek buruan TFC dapat lampu hijau – Sukan


NAMPAKNYA bukan sahaja Perak FC yang begitu rancak membawa masuk ubi-ubi muda dalam pasukan, malah kelab elit Pantai Timur dikhabarkan sedang merisik dua pemain untuk memperkuatkan pasukan menjelang tirai domestik baharu tahun depan.

Perkhabaran itu semestinya membangkitkan rasa teruja lebih-lebih lagi dalam kalangan penyokong Terengganu FC (TFC) apabila mereka bakal beraksi di kejohanan Asia pada musim depan.

Ini selepas pasukan kendalian Nafuzi Zain itu berjaya menempah slot di AFC Cup 2023 sebagai naib juara Liga Super 2022.

Berdasarkan perkongsian di Facebook Malayantigerfans, dua pemain muda dari skuad projek FAM-MSN akan menyertai Sang Penyu ialah Ubaidullah Shamsul, 18, dan Aizat Aiman, 19.

“Dikhabarkan pemain muda bertubuh tegap sepertinya (Ubaidullah ) berada dalam radar Terengganu FC untuk musim baharu,” tulisnya.

Difahamkan, Ubaidullah yang bermain di posisi centre-back bakal memperkuatkan barisan pertahanan The Turtles.

“Selain pemain pertahanan, Dikhabarkan Terengganu FC turut mengintai khidmat Aizat Aiman sebagai penjaga gol untuk musim baharu,” tulis laman itu lagi.

Rata-rata penyokong Terengganu seakan-akan tidak sabar untuk melihat mereka beraksi pada musim depan, tambahan lagi ada yang berasakan kemasukan pemain itu bakal menjadi komplimentari kepada pemain sedia ada.

“Aku setuju yang ni (Ubaidullah) ke TFC. Tak kira siapa jurulatih, sebab perlu pemain macam Ubaidullah untuk back up Nijey (Shahrul Nizam Ros Hasni). Senang kecek (cakap) dengan Nijey lepas ni,” kata Hyung Jack.

Izuan Shuhaida berpendapat pemain muda seperti Aizat perlu ditawarkan kontrak selama lima tahun bersama pasukan TFC.

“Muda macam ni ikat lima tahun terus,” katanya.

“Pucuk muda, senang dibentuk…umur baru 18 tahun. Pemain macam yang ni sain selalu (sign terus) lima tahun. Moga maju jaya dengan TFC 2023,” ujar Anwar Bundle Dungun.

“Sama rancak dengan Perak FC. Tak nak kalah. Apapun selamat maju jaya,” tambah Hasyim Jufry.

Sebagai rekod, Perak FC mengumumkan dua produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Ilham Aqil dan Harith Naem Jaineh sebagai pemain baharu skuad Seladang untuk musim 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lebih 3 tonggak utama berada dalam senarai kecederaan Sang Badak — OKS – Sukan

Next Post

Imbauan skuad emas ‘double treble’, Azraai Khor dedah cara cari pemain – Sukan

Related Posts