‘Tak mustahil Arsenal juara EPL’, tegas pengurus Brentford selepas dimalukan The Gunners – Sukan


PENGENDALI Brentford, Thomas Frank mengisytiharkan Arsenal sebagai pencabar terkuat Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menyaksikan pasukannya dimalukan oleh pendahulu Liga Perdana pada petang Ahad.

Kemenangan Arsenal tercatat seawal minit ke-49 setelah William Saliba meledakkan gol pada minit ke- 17 sementara Gabriel Jesus menjaringkan gol pada minit ke-28 dan diakhiri dengan sumbangan Fábio Vieira.

Ledakkan gol buat The Gunners itu membolehkan skuad tersebut meraih kemenangan 3-1 ke atas Brentford sekali gus membangkitkan semula prestasi Arsenal yang sebelum ini tewas di tangan Manchester United.

Setakat ini, Arsenal telah memenangi enam daripada tujuh penampilannya di EPL dan Frank percaya skuad kendalian Arteta itu boleh melengkapkan misi mereka untuk menamatkan kemarau kejuaran EPL selama 19 tahun.

“Arsenal kini berada di puncak liga, tiada siapa boleh sangkal prestasi baik mereka itu. Melihat kepada kualiti tersebut, saya yakin tidak mustahil mereka akan juarai EPL.

“Daripada apa yang saya lihat dalam tujuh perlawanan, saya fikir mereka sangat bagus. Mereka telah menang secara adil dan saksama dalam enam perlawanan dan hanya tewas dalam satu perlawanan setakat ini,” katanya.

Nwaneri mencatatkan rekod sebagai pemain termuda EPL. — Agensi

Dalam pada itu, tumpuan buat pengendali Arsenal, Mikel Arteta adalah keputusannya untuk memberi kepercayaan kepada pemain berusia 15 tahun dan 181 hari, Ethan Nwaneri untuk membuat penampilan pertamanya bersama pasukan tersebut.

Penampilan Nwaneri itu mencatatkan rekod sebagai pemain termuda EPL selepas muncul sebagai pemain gantian pada masa tambahan.

“Ia adalah perasaan yang murni. Saya bertemu dengan Nwaneri dan sangat menyukai bakatnya. Dia berlatih beberapa kali bersama kami.

“Semalam dia terpaksa datang kerana beberapa pemain kami mengalami kecederaan, terutamanya kecederaan Martin Odegaard. Saya nekad sekiranya berpeluang, saya akan tampilkannya.

“Ini satu lagi langkah dalam karier waneri, satu lagi pengalaman. Saya rasa dia layak dapat peluang tersebut. Ini juga menghantar mesej yang sangat kuat tentang siapa kami sebagai sebuah kelab.” katanya — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Johor optimis muncul juara Sukma buat kali pertama dalam tempoh 36 tahun – Sukan

Next Post

Hassan Sazali Waras masih optimis bakat B-19 negara, dengan syarat dapat ‘friendly’ kompetitif – Sukan

Related Posts