Tak boleh harapkan team lain kalah, Nafuzi Zain cabar TFC tewaskan MU kalau nak main level Asia musim depan – Sukan


KETUA Jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain mengingatkan anak buahnya supaya tidak memandang rendah kemampuan Melaka United FC walaupun pasukan itu menduduki antara tangga terbawah Liga Super.

Sebaliknya, dia mahu para pemain memberi fokus sepenuhnya terhadap persiapan menghadapi perlawanan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Jumaat.

Menurut Nafuzi, skuad Penyu tidak boleh lagi keciciran mata sekiranya ingin kekal berada dalam kelompok tiga teratas liga sekali gus layak beraksi di pentas Piala Konfederasi Asia (AFC) musim depan.

“Di atas kertas memang nampak seperti TFC memiliki kelebihan berbanding Melaka tetapi di atas padang, apa saja boleh berlaku dan ia bergantung kepada diri dan pasukan kita sendiri.

Menurut Nafuzi, skuad Penyu tidak boleh lagi keciciran mata sekiranya ingin kekal berada dalam kelompok tiga teratas. — Facebook/TFC

“Sekarang ini untuk kekal di tempat tiga teratas kita perlu menang dan kita tak boleh harapkan kekalahan pasukan lain untuk selamat,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu pada Rabu.

Nafuzi berkata, dia belum menentukan kesebelasan utama yang akan diturunkan pada Jumaat ini kerana mahu memastikan skuad berkenaan sesuai dengan corak permainan lawan.

Beliau berkata, semua pemain berada pada tahap kecergasan terbaik dan bebas daripada masalah kecederaan yang boleh menjejaskan pasukan.

“Siapa pun yang bakal diturunkan diharap dapat memberi persembahan terbaik untuk kemenangan pasukan.

“Tonggak import kita, Kpah Sherman juga sudah kembali dari Liberia dan sedia untuk bermain malam esok (Jumaat),” katanya. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Selepas DNA Korea, FAM tagih sentuhan Qatar – Sukan

Next Post

KL City hanya kelab kecil dengan bajet sedikit, Al Seeb SC tetap ada kelemahan — Bojan Hodak – Sukan

Related Posts