Tak bimbang pesaing dari KL dan Sri Pahang, Darren Lok ada cara rebut posisi – Sukan


PENYERANG bola sepak negara, Darren Lok mahu penyokong Harimau Malaya menaruh kepercayaan penuh terhadap skuad itu dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China.

Sudah tentu penyokong tanah air meragui kemampuan skuad Harimau Malaya sama ada boleh bersaing dengan pasukan seperti Syria dan China memandangkan kedua-dua pasukan itu berada pada kedudukan 100 terbaik dunia berbeza dengan Malaysia yang menghuni tangga ke-138.

“Penyokong berhak memberi pendapat mereka. Kami sudah menunjukkan pasukan negara layak dan mampu bersaing dengan pasukan besar. Kami bermain dengan baik ketika menentang Bahrain dalam kelayakan Piala Asia 2023.

“Malaysia sudah kembali ke tahap itu. Kami boleh bersaing dengan negara-negara tersebut dan kami semua teruja untuk memberikan yang terbaik.

“Kem ini berjalan lancar setakat ini. Kebanyakan pemain berada dalam pasukan sebelum ini dan kami tahu apa yang diharapkan oleh jurulatih. Kami mempunyai enam hari yang baik dan menantikan perlawanan menentang Syria dan China,” kata Darren.

Dua perlawanan persahabatan di tempat lawan adalah perlawanan penting menjelang Kelayakan Piala Dunia 2026 bermula November ini dan Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari tahun depan.

“Kami menjangkakan perlawanan yang sukar. Kami sudah lama tidak mempunyai lawan yang berada di kedudukan tinggi. Ia akan menjadi fizikal dan penuh dengan kualiti. Kami memerlukan perlawanan seperti ini untuk persediaan menghadapi Piala Asia. Ia baik untuk kami dan kami akan mengambil sesuatu daripadanya,” ujarnya.

Darren berkata, dia bertekad untuk menjaringkan gol sebanyak mungkin semasa perlawanan tersebut dan percaya boleh mencapai matlamatnya berdasarkan pendekatan agresif Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon serta dengan bantuan rakan sepasukannya.

“Itu tugas seorang penyerang. Tetapi saya fikir bermain di bawah jurulatih, ada peluang. Saya mahu menjaringkan sebanyak mungkin gol untuk Malaysia tetapi pada masa sama, bantu mereka (rakan sepasukan) di kawasan lain,” katanya.

Darren sentiasa berada dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan namun perlu bersaing dengan Paulo Josue dan Sergio Aguero.

Gaya permainan mereka mungkin berbeza tetapi Darren tahu apa yang dia perlu lakukan untuk mendapatkan posisi tersebut.

“Saya sentiasa mahu menjaringkan gol. Tetapi kami juga pasukan yang agresif dan saya harap saya boleh beri (gol) kepada pasukan kebangsaan.

“Skuad negara ada Paulo dan Sergio, jadi cabarannya pasti berbeza memandangkan kedua-dua pemain itu mempunyai gaya permainan yang berbeza.

“Anda mahu menjadi sebahagian daripada (skuad) Piala Asia. Tiada perasaan yang lebih baik daripada mewakili Malaysia.

“Perjalanan ke Piala Asia adalah menarik, kita semua memikirkannya. Kita kena buat persediaan betul-betul,” jelasnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Selalu ada untuk kamu’, status masih samar tapi Leandro, Solari beri hint masa depan di JDT – Sukan

Next Post

Terlalu fokus Liga Super, Piala Malaysia punca Harimau Malaya malu besar 8 tahun lalu – Sukan

Related Posts