Tak berbaloi belanja cecah RM22 juta, penyokong mula persoal pengurusan Kedah – Sukan

SATU demi satu permasalahan Kedah Darul Aman (KDA FC) dirungkai penyokong setia yang juga pemain ke-12 skuad Sang Kenari.

Sebelum ini, kemerosotan prestasi skuad kendalian Aidil Shahrin Sahak dikaitkan dengan masalah tahap kecergasan apabila sebahagian besar pemain dikatakan mudah ‘pancit’.

Terbaharu, salah seorang penyokong Kedah mempersoalkan pula perbelanjaan Kedah yang menelan belanja kira-kira RM22 juta bagi musim ini.

Syed Ahmad Faiz menyifatkan bahawa amaun yang dibelanjakan itu tidak berbaloi dengan prestasi hambar Lang Merah yang bukan sahaja tersingkir dari Piala FA dan Piala AFC, malah terperosok ke bawah carta Liga Super.

“Bagi musim 2022, KDA FC membelanjakan lebih kurang RM22 juta. Terengganu FC pula berbelanja sebanyak RM25 juta.

“Saya percaya, pasukan seperti Negeri Sembilan FC dan PJ City berbelanja jauh lebih rendah berbanding Terengganu dan Kedah FC.

“Namun melihatkan prestasi dan kualiti pemain KDA FC setakat ini, ternyata jumlah perbelanjaan RM22 juta tersebut amat tidak berbaloi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook Penyokong Setia Kedah darulaman fc (PSKDAFC).

Kedah tersingkir daripada saingan Piala AFC selepas tewas dengan PSM Makassar. — Facebook

Syed Ahmad Faiz berkata, pihak pengurusan KDA FC termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md. Nor perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kemerosotan teruk skuad Hijau Kuning pada musim ini.

“Penyokong jangan sekadar menghentam dan meletakkan kesalahan pada coach semata-mata.

“Jangan biarkan sentimen kepartian menghalang kita daripada mempersoalkan dan mengkritik Presiden KFA dan pihak pengurusan KDA FC.

“Ingat, jangan campur adukkan politik dan sukan. Liga kita bertaraf profesional. Jadi peminat bola sepak KDA FC juga perlu bersikap sedemikian,” katanya.

Muhammad Sanusi perlu bertanggungjawab ke atas kemerosotan skuad Hijau Kuning pada musim ini. — Facebook

Sementara itu, di ruangan komen, Saiful Aziman pula berkata, walaupun perbelanjaan pasukan dari segi bayaran gaji, pembelian pemain dan tebus kontrak pemain adalah tugas pengurusan, namun dari segi pemilihan pemain ia mungkin terletak pada jurulatih atau pengurusan sendiri.

“Situasi kalau pengurusan bagi bajet kepada Aidil untuk belanja ikut jumlah RM22 juta tadi, dia akan cari pemain ikut bajet yang disediakan, tapi pemilihan pemain adalah di bawah kuasanya.

“Berlainan jika situasi jika pengurusan yang pilih pemain ikut bajet tersebut dan menyerahkan kepada Aidil untuk susun atur strategi berdasarkan pemain yang diberi,” katanya.

Ronald Ngah (kiri) antara import yang mendapat kecaman penyokong kerana prestasi tidak konsisten. — Facebook

Dalam hal itu, dia berpendapat jika Aidil berada di situasi pertama, prestasi pasukan akan mencerminkan taktikalnya.

“Tolak tepi isu kecederaan…kita cerita dari awal musim dulu. Contoh, kalau kata Pak Ngah (Ronald Ngah Wanja) pemain pilihan Aidil, dia yangg nak, dia patut tau dah pemain tu fit atau tidak dalam sistem.

“Dalam hal ni, kalau dia sendiri pilih pemain, dia sendiri atur, dialah kena bertanggungjawab dengan keputusan dan prestasi pemain itu.

“Kalau Aidil berada di situasi ke-2, bermakna dia jadi pak turut saja. Ada saja tangan ghaib suruh atur pemain. Mahu atau tidak, jurulatih hanya ikut arahan dan kerah kudrat pemain untuk beri yang terbaik.

“Dalam hal ni, kalau Pak Ngah tu bukan pilihan Aidil, tapi pengurusan mahu dia main, maka Aidil mungkin terpaksa ikut sistem yang boleh fit player tu, so hasilnya kita boleh nampak, adakah Pak Ngah tu sesuai main dengan taktikal coach sekarang?

“Jadi kalau dalam kes ini, aku tak salahkan coach 100 peratus, sekadar pandangan,” luahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Seorang lagi orang kuat JDT ‘angkat kaki’, 3 pasukan ini perlu dan mampu tagih khidmatnya – Sukan

Next Post

Dikenal pasti, TMJ dedah gambar, MyKad dalang cetus kekecohan – Sukan

Related Posts