Syamer Kutty ada dalam projek baharu TMJ? – Sukan


SEBAGAI kelab elit yang bertakhta di puncak Liga Malaysia, Johor Darul Takzim (JDT) memasuki lembaran musim baharu dengan penuh bergaya.

Skuad Harimau Selatan memperkenalkan wajah-wajah baharu yang bakal ‘membaham’ kelab-kelab lain dalam misi menambah koleksi kejuaraan ke-10 Liga Super 2023 selain sebagai persediaan mengharungi Liga Juara-juara Asia (ACL).

Antara ahli baharu yang diperkenalkan dalam keluarga JDT baru-baru ini ialah Ketua Jurulatih baharu, Estaban Solari yang menggantikan Hector Bidoglio selepas pengendali Argentina itu dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Teknikal JDT.

Syamer Kutty menjalani pemeriksaan kesihatan di kelab JDT baru-baru ini.

Ia diikuti oleh bekas jeneral tengah Harimau Kumbang, Endrick Dos Santos, penyerang sensasi Diogo Luís Santo, Juan Muniz dan Oscar Arribas.

Tidak cukup dengan itu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) nampaknya akan melaksanakan satu projek baharu untuk kelab Harimau Selatan.

“Next project. #whatcantheydo,” tulisnya di laman Instagram.

Hantaran tersebut mendapat balasan komen daripada salah seorang pemain prolifik JDT, Syamer Kutty Abba yang teruja dengan pengumuman projek tersebut.

“Looking forward of the next project! (Tak sabar menantikan projek seterusnya!) Junjung kasih Tunku, Ayuh!” kata Syamer.

Komen itu seolah-olah memberi bayangan yang TMJ mungkin akan memasukkan pemain tengah JDT itu dalam projek terbaharu berkenaan.

Sejak pertengahan musim lalu, Syamer tidak beraksi bersama JDT kerana menjalani rawatan pemulihan kecederaan lutut. Mungkin selepas lebih enam bulan berehat, ada sesuatu yang disediakan buat pemain berusia 24 tahun itu.

Sementara itu, dalam satu hantaran berbeza di Instagram, TMJ memuat naik gambar dengan kapsyen yang memberi bayangan baginda bakal mengambil alih satu tampuk kepimpinan.

“Taking over what you love starts today. Sadly to say there’s nothing you can do about it. #whatcanyoudo #takingover #kudeta,” tulisnya.

Kudeta bermaksud menggulingkan atau cuba menggulingkan kerajaan dengan rampasan kuasa.

Ia kemudian menimbulkan spekulasi dalam kalangan penyokong JDT yang membuat andaian mungkin TMJ mahu mengambil alih Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Pengunci’ Safawi Rasid jadi idaman penyokong Sang Kenari – Sukan

Next Post

Biar gambar berbicara, apakah kepulangan Syafiq Ahmad ke Sang Kenari dimuktamadkan? – Sukan

Related Posts