Sukma: Terengganu enggan dabik dada reputasi juara hatrik, waspada kejutan Penang – Sukan


JUARA hatrik, Terengganu mengambil pendekatan merendah diri menjelang pertembungan akhir acara bola sepak lelaki Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 berdepan Pulau Pinang di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ketua jurulatih Terengganu, Badrul Afzan Razali berkata, beliau mengingatkan para pemainnya supaya jangan ambil mudah cabaran Pulau Pinang selepas pasukan itu mencipta kejutan dalam setiap aksi sehingga layak ke final.

“Kita melihat Pulau Pinang sebuah pasukan yang bagus, saya letakkan sasaran peluang 50-50 pada final esok. Bagi saya Terengganu bukanlah pasukan pilihan, ini adalah aksi terakhir kedua-dua pasukan jadi siapa yang kurang buat kesilapan mereka akan menang.

“Sasaran pada final adalah emas tetapi kita tidak pandang mudah Pulau Pinang yang menewaskan Wilayah Persekutuan pada perlawanan separuh akhir. Bagi saya, kita tidak ambil mudah aksi esok,” katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras, Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas sama ada Terengganu memiliki kelebihan dengan kelibat dua pemain Terengganu FC II dalam pasukan mereka, Badrul enggan terlalu yakin.

“Bola sepak bukan sukan individu tapi berpasukan, jadi bagi saya kerjasama pasukan kena kuat dan kita akan berikan terbaik esok,” jelasnya.

Sementara itu, ketua pasukan Terengganu, Safwan Mazlan mengakui beliau dan barisan pemain bermotivasi tinggi untuk membawa pulang emas walaupun menyedari berdepan tentangan sengit pihak lawan yang kini berada pada tahap terbaik.

“Perasaan gementar tiada kerana kami tak jangka akan lawan Pulau Pinang jadi kami akan membuat persiapan rapi. Saya boleh kata Terengganu dan Pulau Pinang tiada beza, tetapi selagi belum habis 90 minit kami akan tetap lawan,” katanya.

Sebagai rekod, kali terakhir Terengganu mara ke final adalah ketika melengkapkan hatrik emas pada edisi 2010 selepas turut meraih pencapaian sama pada dua edisi sebelumnya.

Sementara Pulau Pinang belum pernah memenangi emas selepas kecudang di pentas final pada edisi 2000 dan 2002. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kapten Maguire pasti tinggalkan Old Trafford musim depan, tegas legenda United – Sukan

Next Post

Gajah Perang jadi lauk tomyam Harimau Malaya, resepi kimci terus menjadi – Sukan

Related Posts