Sukan SEA: Skuad beregu sepak takraw lelaki kutip perak, tewas kepada Indonesia di aksi final – Sukan


IMPIAN skuad sepak takraw lelaki untuk membawa pulang pingat emas Sukan SEA 2023 dalam acara beregu tidak kesampaian apabila tewas di tangan juara bertahan, Indonesia.

Dalam aksi final yang berlangsung di Kompleks Olimpik Phnom Penh, Kemboja pada Isnin, pasukan negara tewas dengan keputusan 1-2.

Pada edisi yang lalu, Malaysia turut tewas kepada lawan yang sama di Vietnam pada 2022 dan mereka berada di landasan terbaik untuk merampas pingat emas berkenaan apabila gandingan Aidil Aiman Zawawi dam Noraizat Nordin memenangi set pertama 21-16.

Bagaimanapun, kesukaran sebenar mula dihadapi skuad negara dalam set kedua apabila gandingan Indonesia mula memperkemaskan aksi sebelum mengikat kedudukan 1-1 dengan kemenangan 21-16.

Harapan emas negara mula malap pada pertengahan set penentuan, di mana Malaysia ketinggalan 10-15 sebelum akur sekadar mengekalkan pingat perak dengan kekalahan 13-21 dalam set berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Andai gagal pujuk Safawi, TFC perlu cuba ‘pancing’ bintang di Kedah, JDT dan Kelantan – Sukan

Next Post

Bekas penyerang NSFC, TFC imbau kenangan duduk berjiran dengan Lee Tuck – Sukan

Related Posts