Sukan SEA: Skuad B-22 kerap buat silap, Sathia kesan 3 kelemahan ketara – Sukan


SKUAD Bawah 22 (B-22) tahun negara memulakan kempen Kumpulan B di Sukan SEA Kemboja 2023 dengan langkah kanan apabila meraih kemenangan bergaya 5-1 menentang pasukan Laos di Stadium Prince, Phnom Penh pada Rabu.

Harimau Muda bimbingan E.Elavarasan tidak menunggu lama untuk mendahului perlawanan menerusi Ubaidullah Shamsul Fazili yang berjaya mencetak gol seawal minit keempat.

Namun begitu, skuad B-22 gagal mengulangi aksi cemerlang apabila ditundukkan 0-2 di tangan pasukan Thailand pada perlawanan kedua Sukan SEA 2023 di stadium sama.

Sathianathan mempunyai pengalaman luas dalam dunia bola sepak tanah air.

Kegagalan skuad B-22 itu nampaknya kesan daripada rombakan kesebelasan utama yang dilakukan oleh pengendali skuad B-22 itu dikatakan ternyata memakan diri.

Seperti diramal penyokong skuad kebangsaan, pasukan negara akan tewas di tangan pencabar utama sukan bola sepak, Thailand dan perkara itu menjadi kenyataan selepas berakhirnya perlawanan tersebut.

Menurut bekas jurulatih kebangsaan Bawah 23 (B-23) tahun itu, B Sathianathan, corak permainan yang ditampilkan oleh pasukan Malaysia sememangnya tidak memuaskan.

“Bagi saya, banyak kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh skuad negara dari segi hantaran bola, ia bukan satu perlawanan yang baik dan cara pengawalan bola yang kurang,” katanya kepada Majoriti.

Selain itu, B Sathianathan turut berkongsi bahawa pasukan negara jiran itu layak menang kerana persembahan yang ditunjukkan sangat baik ketika menentang skuad negara.

“Banyak kesilapan Malaysia buat dan bagi saya Thailand layak sebab bermain dengan baik dan harus menang,” jelasnya.

Bekas pengendali skuad kebangsaan yang berusia 64 tahun itu turut memberikan cadangan kepada pasukan negara agar bermain dengan lebih baik untuk perlawanan seterusnya.

“Untuk next game, saya tak berani nak cakap siapa yang sepatunya jadi first eleven, biar coach Ela tentukan siapa layak, dan yang dipilih mainlah dengan confident dan jangan takut buat silap.

“Saya harap jurulatih kebangsaan dapat memperbaiki kesilapan seperti hantaran, simpan bola terlalu lama dan paling penting hantaran tak tepat,” kongsinya.

Skuad negara berada pada kedudukan ketiga dalam peringkat Kumpulan B Bola Sepak Lelaki B-22 dan akan menentang pasukan Vietnam pada perlawanan ketiga pada 8 Mei di venue yang sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ramai dah bersara, tapi Sabah, Sri Pahang antara kelab masih guna khidmat wira Sukan SEA 2011 – Sukan

Next Post

‘Belum masanya’, TFC dedah perancangan pasukan menjelang jendela perpindahan ke-2 – Sukan

Related Posts