Sukan SEA: Malaysian Tigress sumbang emas ke-34 negara pada hari terakhir temasya – Sukan


SELEPAS skuad hoki lelaki negara membawa pulang pingat emas ketika Sukan SEA 2023, giliran pasukan wanita memastikan mereka menyapu bersih pingat emas acara hoki padang pada Sukan SEA 2023 selepas menumpaskan Thailand 4-1 pada final di padang hoki Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, Kemboja pada Selasa.

Kejayaan tersebut menghadiahkan emas ke-34 buat kontinjen negara pada hari terakhir acara dipertandingkan sebelum temasya dwitahunan edisi ke-32 melabuhkan tirainya secara rasmi pada Rabu.

Pada aksi tersebut, Thailand mengejutkan skuad Malaysian Tigress seawal minit keempat selepas Natthakarn Aunjai menjaringkan gol padang, namun anak buah bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim bangkit menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi pukulan sudut penalti Siti Nur Arfah Mohd Nor.

Nuraini Abdul Rashid meletakkan pasukan negara di depan selepas dia dengan tenang menyempurnakan penalti strok pada minit ke-18 sebelum Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad mencetak nama sebagai penjaring gol ketiga Malaysia menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-29.

Malaysia semakin selesa mendahului perlawanan selepas menambah gol keempat hasil gol pukulan sudut penalti Nur Afiqah Syahzani Azhar pada minit ke-41 sekali gus meletakkan Thailand dalam situasi tertekan dalam usaha mengurangkan defisit jaringan.

Kedudukan 4-1 kekal memihak Malaysia sehingga ke wisel penamat sekali gus menyaksikan pasukan wanita negara berjaya mengekalkan dominasi dalam acara hoki padang dengan kali terakhir memenangi emas pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Acara hoki padang kembali membuat kumunculan di Sukan SEA selepas enam tahun setelah ia tidak dipertandingkan pada edisi Filipina 2019 dan Vietnam 2021.

Nasihin akui cukup berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya.

Bercakap kepada media, Mohd Nasihin berpuas hati dengan persembahan ditampilkan anak buahnya yang menyaksikan mereka berjaya mengatasi beberapa cabaran di sini untuk mempertahankan dominasi Malaysia pada edisi kali ini.

“Saya bersyukur (kejayaan ini) sebab pemain sudah berikan terbaik dalam beberapa perlawanan dengan keadaan cuaca yang panas dan padang yang masih baharu, sebenarnya ia (padang) tidak sesuai dengan cara permainan kita tetapi kita dapat juga menyesuaikan diri walaupun mengambil masa.

“Untuk hari ini pasukan Thailand memang kuat, bersedia sepenuhnya dan berpengalaman apabila sudah didedahkan di banyak negara terutama Korea Selatan. Tetapi pasukan kami yang kebanyakan pemain muda berjaya mengikut segala arahan dengan baik,” katanya.

Terdahulu, Malaysia memenangi emas dalam acara lelaki selepas mengatasi Singapura 3-0 pada final di venue dan tarikh yang sama. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Aksi final Thailand-Indonesia rebut ‘ibu segala pingat’ kecoh, 5 kad merah dilayang pengadil dalam 30 minit – Sukan

Next Post

Kontinjen negara catat kutipan pingat terburuk dalam sejarah Sukan SEA – Sukan

Related Posts