Sukan ‘tampar punggung’ raih perhatian, syarat perlawanan sangat ringkas

THE Queen of Booty Slapping merupakan gelaran yang akan diberi kepada juara dalam satu sukan unik di Rusia.

Sukan ‘tampar punggung’ yang melibatkan dua atlet wanita dalam setiap perlawanan itu ternyata semakin meraih perhatian ramai.

Perlawanan sukan itu mengambil inspirasi daripada kejohanan tampar melibatkan lelaki bertubuh tegap bergaduh sesama pihak lawan yang pernah diperkenalkan sebelum ini.

Peraturannya agak mudah, dua wanita perlu menghadap satu sama lain dan mereka perlu bergilir-gilir menampar punggung lawan mereka.

Untuk menang, apa yang peserta perlu lakukan hanyalah membuat serangan sehingga pihak lawan hilang keseimbangan dengan satu tamparan.

Dalam perlawanan baru-baru ini, seorang model kecergasan dikenali sebagai Nastya Zolotaya diangkat sebagai juara dan menerima gelaran The Queen of Booty Slapping.

Untuk rekod, Zolotaya juga pernah menyertai sukan bina badan. – Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

McGregor ‘tayang’ badan, mahu rampas tali pinggang UFC welterweight

Next Post

Ten Hag pengurus baharu Man United, sudah ada senarai pemain pilihan

Related Posts