Suka atau tidak, 3 perkara perlu dilakukan penggempur baharu andai berhasrat jadi ‘1st eleven’ Sang Kenari – Sukan


JENTERA serangan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk 2023 bakal diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain baharu, Willian Lira dan Ebenezer Assifuah.

Hal itu adalah kerana mereka perlu menambah baik kualiti di posisi tersebut selepas pasukan Utara tanah air itu kerap mensia-siakan peluang musim lepas.

Namun, di antara dua penyerang berkenaan, Willian dilihat mula menempatkan diri dalam kesebelasan utama apabila mula menyerlah dalam aksi persahabatan.

Dalam pertembungan menentang Perlis United tempoh hari, pemain kelahiran Brazil itu berjaya memperolehi satu gol di samping mencipta jaringan yang disudahkan rakan sepasukan.

Willian menyerlah ketika aksi persahabatan menentang Perlis United FC. — Facebook/KDA FC

Jadi, prestasi tersebut seakan-akan mengesahkan tempatnya dalam pasukan dengan penyokong turut berharap ketua jurulatih, Nafuzi Zain menggunakannya secara kerap.

Perkara itu pastinya serba sedikit menyekat peluang Ebenezer yang memerlukan platform tersendiri untuk mempamerkan kebolehannya di samping meraih lebih minit permainan.

Oleh itu, dalam mendapatkan kepercayaan daripada pihak kejurulatihan, terdapat beberapa perkara yang perlu ditambah baik pemain kelahiran Ghana tersebut sebelum kempen 2023 membuka tirainya.

1. Lebih berani

Ketika berada bersama kelab divisyen bawahan Perancis, Pau FC, Ebenezer pernah mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate yang menyebabkannya tersisih daripada pasukan.

Kecederaan yang melanda pada 2022 itu pastinya menjadi mimpi buruk untuk pemain tersebut yang pernah bersinar dengan kelincahannya ketika berada dalam skuad remaja.

Ebenezer perlu beraksi lebih baik untuk merebut tempat. — Agensi

Perkara itu dilihat masih menghantuinya hingga ke hari ini apabila dia tidak dapat memberikan persembahan terbaik untuk mengelak kecederaan tersebut berulang.

Bagaimanapun, sekiranya Ebenezer bercita-cita untuk mendapatkan tempat dalam skuad Sang Kenari, dia perlu mengatasi ketakutannya itu dengan terlibat dalam proses pemulihan secara lebih kerap.

2. Menggunakan kaki kiri dengan lebih kerap

Berdasarkan perkongsian di laman sesawang transfermarkt, Ebenezer dikatakan seorang yang lebih selesa untuk menggunakan kaki kanannya untuk melakukan rembatan ke arah pintu gol lawan.

Namun, menerusi tinjauan lebih mendalam, pemain berusia 29 tahun itu difahamkan mempunyai kebolehan dalam melakukan sepakan deras dengan kaki kirinya.

Ia dilihat sebagai satu kelebihan dengan dia boleh menggunakannya untuk melakukan hantaran berkualiti kepada rakan sepasukan mahupun menyudahkan peluang yang terhidang.

Persoalannya, adakah ia cukup untuk memberikannya tempat dalam skuad apabila KDA FC turut memiliki Fayadh Zulkifli yang juga memiliki kelebihan tersendiri itu.

3. Cipta gandingan bersama Fayadh dan Al-Hafiz

Musim lepas, jentera serangan skuad Sang Kenari diperkuatkan dengan kehadiran Fayadh dan seorang lagi pemain sayap, Al-Hafiz Harun yang kerap mencipta jaringan setiap kali diturunkan.

Malah, berdasarkan statistik, Fayadh merupakan antara tonggak utama skuad apabila dia diturunkan dalam kesemua aksi Liga Super sementara Al-Hafiz tampil sebanyak 18 kali.

Al-Hafiz (atas) dan Fayadh merupakan antara watak penting KDA FC pada 2022. — Facebook/KDA FC

Hal itu menunjukkan bahawa mereka merupakan antara aset penting untuk 2023 dengan Nafuzi turut mengesahkan kedua-dua pemain tersebut akan memikul tanggungjawab besar.

Jadi, dengan sesi latihan pra-musim masih berlangsung, Ebenezer perlu mencipta gandingan serasi bersama Al-Hafiz dan Fayadh, sekali gus membuka pintu buatnya diturunkan dengan lebih kerap. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jangan tak percaya, 3 nama baharu Harimau Kumbang perlu diawasi NSFC dalam aksi pramusim – Sukan

Next Post

Kini Bergson ada pencabar, penggempur KL City sasar pecah rekod jaringan – Sukan

Related Posts