Sudah tiba di England, Man United selangkah dapatkan ‘kembar’ Haaland – Sukan


KELAB gergasi England, Manchester United semakin hampir untuk menandatangani penyerang Atlanta BC, Rasmus Hojlund pada jendela perpindahan musim panas ini.

Laporan terbaru daripada wartawan Alfredo Pedulla memaklumkan bahawa skuad Red Devils selangkah untuk mendapatkan penyerang Denmark itu dengan perjanjian akan dimuktamadkan pada Sabtu.

Pedulla juga merupakan wartawan yang melaporkan khabar angin perpindahan Andre Onana dan kini bekas penjaga gol Inter Milan itu sudah sah menyarung jersi Man United.

Dengan keadaan penyerang dari Perancis, Anthony Martial yang sering bergelut dengan masalah kecederaan menyebabkan United ingin mendapatkan khidmat Hojlund.

Menentang Real Madrid pada Rabu di Texas, Amerika Syarikat, serangan skuad kendalian Ten Hag kelihatan terlalu tumpul dan boleh menjadi ancaman pada United untuk memburu kejuaraan pada musim ini.

Dalam kemas kini terbarunya, Pedulla mendedahkan Red Devils semakin hampir untuk menandatangani Hojlund yang dipercaya sebagai penyeranhg sempurna” untuk Ten Hag.

Hojlund dikatakan sebagai kembar Haaland dari segi bentuk fizikal dan kepantasannya, walaupun pada masa ini dia tidak mempunyai penyudah klinikal yang konsisten seperti pemain Manchester City itu.

Dia melaporkan bahawa kedua-dua pihak berhasrat untuk memuktamadkan perjanjian pada Sabtu supaya penyerang itu tidak akan tersedia untuk perlawanan persahabatan pramusim Atalanta menentang Bournemouth pada pukul 10 malam ini.

Pada masa ini, bidaan United untuk Hojlund dikatakan sebagai bayaran tetap sebanyak £53.3 juta (RM311.7 juta) ditambah £4.3 juta (RM25.2 juta) dalam bentuk bonus.

Manakala Atalanta menahan tawaran dalam lingkungan sehingga RM351.6 juta dan ditambah £4.3 juta sebagai tambahan.

Pedulla mendakwa bahawa penyelesaian boleh datang jika Red Devils meningkatkan tawaran bayaran tetap yang mencecah RM389 juta termasuk bayaran tambahan.

Pedulla mengakhiri kemas kininya dengan memaklumkan bahawa Hojlund sudah berada di England dan bersedia untuk beraksi pada saingan Liga Perdana Inggeris. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘FAM dah ada fans, lepas 18 game Liga Super baru umum ada penyingkiran lagi menarik berbanding hukuman Mickey’ – Sukan

Next Post

‘Last minute’ dapat tahu jadi calon, Aliff Taufid tetap gigih raih sokongan pengundi di Bandar Utama – Sukan

Related Posts