Suara Kim Pan Gon penentu barisan kejurulatihan baharu skuad B-23 – Sukan

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) tidak hanya memfokuskan terhadap aspek individu dalam proses menentukan ketua jurulatih baharu skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan yang bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, proses yang diterajui Pengarah Teknikal FAM Scott O’Donell itu juga memberi penekanan dari segi keseluruhan barisan kejurulatihan sama seperti struktur yang dimiliki skuad Harimau Malaya ketika ini.

Menurutnya beliau yakin ketua jurulatih baharu dan barisan teknikalnya yang bakal dilantik mampu menjayakan usaha meningkatkan mutu prestasi pasukan muda negara untuk menjamin kesinambungan pemain berkualiti dalam skuad kebangsaan.

“Setelah berbincang dengan pasukan negara, bahagian teknikal dan exco kita sudah hampir kenal pasti bukan sahaja individu tetapi kami mahukan staf yang baik, sekali. Pengarah Teknikal tengah dalam proses memuktamadkan, hampir 70 hingga 80 peratus,” katanya pada sidang media Kongres FAM Ke-58 pada Sabtu.

Beliau berkata, apa yang bakal diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini adalah keputusan yang dibuat untuk kepentingan bola sepak negara dengan skuad B-23 berdepan jadual pertandingan yang padat tahun depan.

Katanya FAM mahukan Skuad B-23 dan pasukan senior mempunyai hubungan kerjasama yang bagus, sehaluan dan berkongsi ideologi sama.

Justeru, beliau berkata, pandangan dan input dari Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan, Kim Pan-gon turut diambil kira dalam menentukan barisan kejurulatihan skuad B-23.

“Baik. Input dia (Pan Gon) amat baik, sudah tentu dia main peranan yang besar,” katanya.

Jun lepas, Hamidin mendedahkan skuad B-23 bakal melalui perubahan dalam usaha memperkukuhkan pasukan negara kendalian Pan-gon,

Sebulan kemudian, FAM mencapai kata putus untuk melepaskan bekas Ketua Jurulatih skuad B-23 Brad Maloney secara persetujuan bersama kedua-dua pihak. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kontroversi penalti gagal cipta peluang Gergasi Merah ke pentas final – Sukan

Next Post

‘Kalau layak final pun kena tibai,’ penyokong Gergasi Merah lega – Sukan

Related Posts