Statistik dedah Afiq Fazail antara 3 tonggak JDT paling baik jika beraksi – Sukan


SETIAP pemain bola sepak sama ada profesional mahupun amatur, pasti mereka tidak lari daripada melakukan beberapa kesalahan dalam perlawanan yang mana perkara itu akhirnya akan menyebabkan mereka mendapat hukuman.

Hukuman yang diberikan itu menerima pelbagai reaksi daripada pemain, ada menerimanya dengan hati terbuka dan terdapat juga pemain memberi respons memberontak sebagai tanda protes dengan keputusan pengadil.

Walaupun hampir semua pemain pernah terpalit melakukan kesalahan, tidak dapat dinafikan ada di antara mereka masih kekal menunjukkan sikap baik ataupun lebih berdisiplin ketika perlawanan berlangsung.

Dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) masih ada beberapa pemain utama yang menerima foul sedikit walaupun mereka sering menjadi pilihan jurulatih untuk diturunkan dalam aksi Liga Super.

Mengambil contoh pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang melakukan sebanyak 255 kesalahan untuk Liga Super setakat ini, masih ada pemainnya mencatatkan jumlah foul sedikit meskipun bergelar sebagai tonggak utama.

Untuk rekod, Sabah FC dan Perak FC menjadi dua pasukan teratas yang melakukan kesalahan terbanyak bagi saingan Liga Super 2023 dengan masing-masing merekodkan 302 dan serta 296 foul.

Dengan mengambil statistik berdasarkan aksi terkini, kali ini Majoriti menyenaraikan tiga tonggak utama Harimau Selatan yang membuat tidak melebihi 10 foul dalam saingan Liga Super.

1) Endrick dos Santos

Endrick hanya merekodkan lapan foul. — Facebook/JDT

Pemain naturalisasi tanah air, Endrick dos Santos tiba di kem Harimau Selatan pada awal musim ini yang mana sebelum itu dia merupakan tonggak tengah Penang FC dan menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan Harimau Kumbang.

Perpindahannya ke Harimau Selatan menambah lebih sentuhan kreatif di bahagian tengah juara bertahan Liga Super itu dengan dia banyak membantu bahagian serangan untuk menggerakkan bola ke hadapan.

Berdasarkan statistik pemain berusia 28 tahun itu, Endrick sudah membantu JDT dengan mencetak empat jaringan gol dan mencipta dua hantaran bantuan dalam 16 perlawanan Liga Super setakat ini.

Walaupun sering terlibat dalam permainan JDT, Endrick masih mampu mengekalkan aksi berdisiplin dengan hanya merekodkan lapan foul sahaja dalam 796 minit pemain kelahiran Brazil itu beraksi.

2) Afiq Fazail

Afiq tampil dalam 15 perlawanan Liga Super 2023 musim ini bersama JDT. — Facebook/JDT

Walaupun lambakan pemain tengah hadir di kem JDT namun Afiq Fazail kekal menjadi pilihan utama Harimau Selatan untuk mengemudi kawasan tengah sebagaimana pelan yang sudah dirancang pengendali kelab itu.

Sejak mencipta debut bersama skuad Harimau Selatan pada 2016, anak jati Pontian, Johor tersebut terus dianggap sebagai antara pemain terbaik di posisinya dan sehingga kini kekal menjadi kesebelasan utama JDT.

Meskipun sering beraksi dengan pelbagai peranan, baik dari segi serangan mahupun pertahanan, pemain berusia 28 tahun itu kekal menampilkan persembahan yang kemas selepas hanya merekodkan enam foul untuk 15 penampilan dia diturunkan.

Untuk rekod, Afiq sudah tampil dalam 143 kesemua perlawanan JDT dan mengecapi pelbagai kejuaraan di peringkat domestik, selain menjadi watak utama ketika saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

3) Akhyar Rashid

Akhyar hanya merekodkan lima foul untuk 11 perlawanan Liga Super. — Facebook/JDT

Mungkin ramai penyokong berpendapat bahawa penyerang sayap, Akhyar Rashid bukanlah tonggak utama JDT namun hakikatnya di bawah kendalian Esteban Solari, pemain muda itu diberi peluang untuk beraksi.

Musim ini, pemain kelahiran Kedah itu diberikan peluang untuk tampil dalam 11 perlawanan Liga Super dengan merekodkan dua jaringan gol dan membantu satu hantaran bantuan berbanding hanya tujuh aksi untuk musim 2022.

Bercakap mengenai rekodnya dari segi melakukan kesalahan, tonggak berusia 24 tahun itu hanya merekodkan lima foul untuk 11 perlawanan berkenaan dan data tersebut menunjukkan bahawa Akhyar adalah pemain berdisiplin.

Pada musim lepas pula, bekas pemain Kedah itu merekodkan lapan foul dalam tujuh penampilan Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] TikToker terkenal rebah kena ‘chokeslam’ pengadil MMA – Sukan

Next Post

[VIDEO] Abang Do selamba sumbat gol tewaskan ex-Chelsea dalam kabus tebal – Sukan

Related Posts