Spekulasi foto bersama ejen Moon-sik , Perak, Pahang dan Sabah diramal destinasi realisitik Safawi – Sukan


SEJAK terlibat perpindahan secara pinjaman ke Ratchaburi FC, penyerang sayap kebangsaan, Safawi Rasid hanya merekodkan satu gol dan satu bantuan jaringan.

Meskipun sumbangan itu semestinya tidak cukup membanggakan, keyakinan pemain berusia 26 tahun itu dikatakan sudah berada di tahap terbaik.

Ia kerana Safawi hanya tidak diturunkan dalam satu perlawanan Liga 1 Thailand yang mana membuktikan sumbangan dan pengalamannya cukup didambakan.

Tidak cukup dengan itu, kelibatnya terus dinanti-nantikan penyokong Ratchaburi FC dengan mereka kerap memastikan suasana meriah setiap kali penyerang berkenaan beraksi.

Namun, dengan statistiknya masih belum menunjukkan kehadirannya di negara jiran berbaloi, persoalan pasti timbul akan masa depannya bersama skuad The Dragons.

Safawi masih belum memberikan sumbangan terbaik buat Ratchaburi FC. — Facebook/Ratchaburi FC

Tambahan pula, Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung tidak lama lagi pasti merupakan salah satu sasaran Safawi sebelum memilih untuk berkelana.

Jadi, tidak hairanlah apabila khabar angin mengatakan pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu bakal kembali mewarnai Liga Malaysia dalam jendela perpindahan akan datang.

Ura-ura itu dihangatkan lagi dengan satu foto yang dikongsikan seorang ejen berpangkalan di Korea Selatan, Leo Jeong bersama pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu.

Hal tersebut sememangnya menghangatkan lagi suasana memandangkan individu tersebut memainkan peranan penting dalam membawa beberapa pemain ke Liga Super.

Oleh itu, melihat kepada situasi terbabit, terdapat tiga destinasi terbaik buat Safawi sekiranya dia memilih untuk kembali mewarnai bola sepak tempatan.

1. Sri Pahang FC

Baru-baru ini, Sri Pahang FC dikatakan masih mencari seorang penyerang sayap bagi meningkatkan jumlah jaringan gol dalam setiap perlawanan.

Meskipun berada dalam prestasi serta kedudukan terbaik setakat 10 pertembungan Liga Super, isu tetap timbul, lebih-lebih lagi mengenai jentera serangan mereka.

Jadi, memandangkan mereka hanya memiliki satu kuota import, besar kemungkinan mereka akan mencari seorang pemain tempatan.

Safawi yang mempunyai kebolehan untuk melakukan hantaran dan larian deras merupakan satu aset yang cukup berharga buat pasukan kendalian Fandi Ahmad.

Ji-yong tiba dengan bantuan Leo Jeong pada jendela perpindahan yang lalu. — Facebook/Sri Pahang FC

Persoalannya, dengan lambakan pemain yang dimiliki Sri Pahang FC, mampukah penyerang tersebut mendapatkan tempat dalam pasukan yang sedang memburu tempat tiga teratas.

Melihat kepada kebolehan Safawi setiap kali beraksi, kegusaran tidak sepatutnya timbul mengenai kebolehannya untuk membawa skuad Tok Gajah ke tahap lebih tinggi.

Tambahan pula, hubungan baik antara Sri Pahang dan majikan Safawi iaitu JDT seperti akan memudahkan proses tersebut dengan segera.

Perpindahan itu juga bakal dipermudahkan lagi dengan pengaruh Leo Jeong selepas dia memainkan peranan penting dalam membawa dua pemain import, iaitu Lee Ji-yong dan Lee Jeong-geun ketika jendela perpindahan lalu.

2. Perak FC

Salah satu pasukan yang menggunakan khidmat ejen Korea Selatan itu dengan cukup kerap sepanjang awal musim lalu ialah Perak FC.

Ini kerana mereka membawa tiga pemain dari negara Asia Barat tersebut, termasuk penyerang, Seo Seon-ung yang memainkan peranan cukup besar ketika ini.

Tiga gol yang dijaringkannya dalam saingan Liga Super sedikit sebanyak membantu skuad The Bos Gaurus (TBG) berada di kedudukan ke-11.

Jadi, penyokong kelab Utara tanah air tersebut pastinya mengharapkan kerjasama antara mereka dan Leo Jeong mampu menghasilkan satu lagi perkara positif.

Berdasarkan foto yang dikongsinya baru-baru ini, terdapat kemungkinan tetapi agak tipis pihak pengurusan Perak FC mengalu-alukan kehadiran Safawi.

Seo merupakan antara watak penting buat Perak FC musim ini. — Facebook/Perak FC

Hal itu disebabkan ketumpulan jentera serangan skuad TBG yang hanya menjaringkan lapan gol selepas 10 perlawanan yang mana merupakan satu rekod kurang baik dalam kalangan pasukan Liga Super.

Kebolehan Safawi di atas padang juga dilihat mampu membawa pasukan berkenaan ke tahap lebih tinggi menerusi derianya di hadapan pintu gol lawan.

Persoalaannya, dengan Perak FC masih jauh untuk tampil sebagai pencabar takhta Liga Super, adakah mereka mampu menawarkan sesuatu yang boleh menarik pemain berkenaan?

3. Sabah FC

Meskipun Sabah FC merupakan satu destinasi yang kurang realistik bagi Safawi, ia masih tidak menghalang segelintir pihak untuk mengaitkan kedua-dua pihak.

Ketika ini, skuad Sang Badak memiliki lambakan pemain tempatan dan import yang cukup baik, termasuk dari segi serangan mahupun pertahanan.

Dua penyerang sayap yang masing-masing dari Brazil dan Indonesia, Jailton Paraiba serta Saddil Ramdani merupakan satu ancaman cukup besar kepada pihak lawan.

Tambahan pula, pemain yang mereka miliki di bangku simpanan, termasuk Amri Yahyah seperti membuktikan pasukan Borneo itu tidak perlu mencari rekrut di posisi sayap.

Ko-min (kiri) dan Tae-su merupakan import dari Korea Selatan. — Facebook/Sabah FC

Bagaimanapun, memandangkan skuad Sang Badak bakal berentap dalam Piala AFC 2023, mereka tentu mahu memastikan pemain yang dimiliki mempunyai pengalaman mencukupi.

Berdasarkan karier Safawi yang meluangkan lebih dari lima tahun di JDT, pengalaman pastinya bukan satu isu buatnya untuk beraksi dengan cemerlang di pentas tertinggi.

Selain itu, dengan pemain berkenaan pernah dibimbing Datuk Ong Kim Swee, ia pastinya bukan masalah buat kedua-dua individu untuk menyerlah.

Leo Jeong juga pasti akan memainkan peranan cukup penting untuk menarik Safawi ke pasukan Borneo itu sekiranya persetujuan dapat dicapai.

Ini memandangkan ejen tersebut pernah membantu meningkatkan kualiti skuad Sang Badak dengan kehadiran dua pemain yang tiba dari negara kelahirannya, iaitu Kwang Ko-min dan Park Tae-su. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘The Croatian Connection’ jadi modal bualan Bojan-Tomi untuk manfaat bersama – Sukan

Next Post

Kerap diturunkan beraksi, Danial Asri mahu buktikan kepercayaan diberi Cheng Hoe berbaloi – Sukan

Related Posts