Skuad Sukan SEA kriket negara terkejut kehadiran pemain ‘import’ Kemboja – Sukan


SKUAD kriket lelaki negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas kepada tuan rumah Kemboja dalam aksi Final 50 Overs Sukan SEA 2023 pada Ahad.

Pasukan tuan rumah yang menang lambungan duit syiling dan memilih untuk memukul, melakukan 334 larian dalam 50 overs pada inning pertama, yang menyaksikan Ram Raushan Sharan membuat larian melebihi 100 dengan 111 larian di AZ Group Cricket Oval.

Pada inning kedua, kapten Malaysia Ahmad Faiz Mohamad Noor mencatatkan 78 larian, namun ia tidak cukup untuk membantu pasukan negara mengatasi lawan apabila mereka menamatkan perlawanan itu, yang berlangsung hampir tujuh jam, dengan 254 larian dalam 40.1 overs.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah komen kapten negara menjelang aksi tersebut yang seperti terkejut dengan kehadiran pemain import dari India dan Pakistan.

“Kalau ikutkan, kita sudah bersiap sedia untuk menentang Kemboja.

“Tapi mereka keluarkan pemain-pemain baharu daripada India dan juga Pakistan yang kami pun terkejut jugalah. Jadi, kalau ikutkan, itu adalah di luar kawalan kami,” katanya.

Tambahnya lagi, pasukannya juga menjangkakan kebolehan yang cukup berbeza daripada pihak lawan memandangkan beberapa pemain import pernah beraksi di peringkat lebih tinggi.

Kekalahan itu juga dikatakan Ahmad Faiz sebagai pemangkin kepada semangat dan motivasi pasukan negara yang akan beraksi lebih baik untuk meraih pingat emas dalam final kedua mereka dalam acara T20.

Kejayaan skuad kriket negara untuk menyumbang pingat perak membantu Malaysia berada di kedudukan ketujuh carta kutipan pingat selepas hari ketiga temasya tersebut berlangsung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Lagi ‘aksi koyak’ atlet karate Filipina tersebar, kali ini sasar mutu pengadilan – Sukan

Next Post

Pesilat kembar siam dari Kedah mahu kilauan peringkat dunia lepas sumbang emas di Sukan SEA – Sukan

Related Posts