Skuad bola sepak Sabah terima RM50,000 ke MSSM Johor – Sukan


KERAJAAN Sabah meluluskan sejumlah RM50,000 bagi membantu pasukan bola sepak bawah 15 tahun (B-15) dan 18 tahun (B-18) Sabah menyertai kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Johor pada 25 hingga 30 Ogos ini.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Ellron Angin berkata, ia diluluskan Jemaah Menteri Sabah yang berpandangan penglibatan dalam kejohanan itu penting kerana mewakili negeri serta tanda semangat kesukanan dalam kalangan rakyat di negeri berkenaan.

“Sebagai orang Sabah dan atas semangat kesukanan kita bantu anak muda kita ini kerana pada akhirnya mereka juga boleh mewakili Sabah ke peringkat lebih tinggi seperti Sukan Malaysia (Sukma), Sukan Asia malah boleh ke Olimpik.

“Kita harap pasukan kita ini dapat melakukan yang terbaik, mengharumkan nama Sabah di sana nanti,” katanya yang juga bekas pelari pecut dan pernah mewakili negara sekitar awal 70-an dan 80-an, pada sidang media di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Ellron yang berkongsi pengalaman kali pertama menjejakkan kaki di Semenanjung pada 1975 ketika mewakili Sabah, menyifatkan ia sebagai pengalaman yang cukup berharga.

Pemain B-18 dan B-15 Sabah sebelum ini tular apabila dikatakan tidak dapat ke MSSM Johor kerana kekangan kewangan. — Facebook/Naimmi Yusof

“Ibu bapa saya paling gembira dan bersemangat. Malam sebelum berangkat macam tidak boleh tidur. Pertama kali menjejak tanah Semenanjung, begitu megah kita mewakili Sabah dan kita harap anak muda kita ini nanti mendapat pengalaman yang sama,” katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pasukan bola sepak Sabah bawah 15 tahun dan 18 tahun tidak dapat menyertai kejohanan MSSM disebabkan masalah pembiayaan dan ia mengundang pelbagai reaksi dari warganet yang memohon pihak berkaitan untuk membantu.

Ellron, 65, pernah mewakili negara dalam pelbagai kejohanan antaranya Sukan SEA 1979 di Jakarta, Indonesia; Sukan Asia 1982 di New Delhi, India dan Sukan SEA 1983 di Manila, Filipina serta pernah berentap dengan Raja Pecut Malaysia ketika itu, Datuk Rabuan Pit. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Xorn dalam senarai 3 star tumpuan aksi MPL MY 12 – Sukan

Next Post

Prestasi tidak menentu, 3 pemain wajar kembali ke Perak, Kelantan dan Kedah bantu pasukan musim depan – Sukan

Related Posts