Skuad badminton negara dinilai semula, mungkin dirombak di Piala Sudirman — Wong Choong Hann – Sukan


PRESTASI pemain badminton negara akan dinilai semula menerusi beberapa siri kejohanan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebelum senarai akhir pemain diputuskan bagi menghadapi Piala Sudirman, Mei ini.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Wong Choong Hann tidak menolak kemungkinan beliau akan melakukan rombakan kepada skuad yang diturunkan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.

Pemenang pingat emas tiga kali Sukan Komanwel itu menjelaskan semua pemain akan diberi peluang sama rata tanpa mengira status mereka, bagi memastikan pemain yang benar-benar layak berada dalam pasukan kebangsaan.

“Memang bagus untuk naik ke ranking keempat dunia sekarang tetapi lebih penting untuk kami bersedia dari sekarang memandangkan kami telah meraih pengalaman bagaimana untuk menghadapi Piala Sudirman.. secara kasarnya pasukan sudah ada tetapi mungkin akan ada beberapa perubahan,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Beliau yang berpendapat pasukan negara belum benar-benar mantap untuk berada dalam ranking empat teratas dunia, berkata banyak perkara yang perlu diteliti semula dan ditambah baik berdasarkan aksi di BAMTC.

Ditanya sama ada perseorangan lelaki Ng Tze Yong akan beraksi pada Piala Sudirman, Choong Hann berkata, pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 itu perlu sentiasa bersedia dan memastikan prestasinya pada tahap terbaik untuk membantu pasukan di kejohanan tersebut.

Pada kempen BAMTC di Dubai, Malaysia diwakili Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao bagi perseorangan lelaki; Goh Jin Wei dan Wong Ling Ching (perseorangan wanita); Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (beregu lelaki); Pearly Tan-M. Thinaah dan Teoh Mei Xing-Go Pei Kee (beregu wanita) dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran).

Pada kejohanan itu Malaysia menamatkan kempen di suku akhir apabila tewas 2-3 kepada China.

Piala Sudirman 2023 akan berlangsung di Suzhou, China dari 14 hingga 21 Mei ini. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tonik khas jinakkan Seladang, rupanya tonggak Kedah terima kata-kata semangat daripada ex-player – Sukan

Next Post

Khuzaimi Piee sedia pikul tanggungjawab sebesar Gergasi Merah – Sukan

Related Posts