‘Sini hipokrit tahap gaban’, CEO Perak FC sindir portal sukan? – Sukan

PENYOKONG The Bos Gaurus masih lagi menjadi tumpuan pihak media kerana insiden panas aksi Liga Perdana melibatkan pasukan Perak dan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan pada Rabu lalu (10 Ogos).

Disebabkan insiden panas tersebut, penyokong Perak dilabel sebagai ‘casual’ yang mana gelaran itu simbol kepada peminat yang sering memulakan provokasi dan pergaduhan dalam stadium.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sementara Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin, memuat naik satu hantaran di Facebook seolah-olah menyindir beberapa portal media tempatan yang sering memperalatkan pembaca demi kepentingan diri sendiri.

“Sembang bab* terbang ini ada banyak kategori dia, dekat sini hipokrit tahap gaban yang memperb*d*hkan pembaca untuk kepentingan diri sendiri, budak-budak BBNU panggil kepala tahu.”

Sementara itu, dalam ruangan komen tersebut, seorang penyokong Perak FC mencadangkan Bobie Farid supaya merisik beberapa pemain Selangor untuk dibawa ke dalam skuad The Bos Gaurus musim depan.

“Assalamualaikum Boss Ariesham maaf menganggu, saya ada pendapat untuk Boss diketengahkan untuk persiapan musim hadapan, jika Perak dapat naik semula ke Liga Super, Boss dah boleh intai-intai pemain Selangor FC.

“Sebab mereka tengah bergelut dengan prestasi dan jika masih lagi struggle, mungkin penaja mereka boleh lari dan ketika itu Boss dan pegawai boleh risik-risik pemain Selangor bagi persiapan musim hadapan,” kata Faiz Abdul Malik.

Insiden ‘panas’ aksi Liga Perdana membabitkan Kelantan FC dan Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV, pada Rabu. — Facebook.

Sebelum ini, Bobie Farid ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap satu laporan yang disiarkan di sebuah portal sukan tentang dirinya mempertahankan tindakan penyokong Perak FC.

Berdasarkan laporan berkenaan, Bobie Farid dikatakan panas punggung selepas diserang peminat bola sepak gara-gara mempertahankan perangai tidak bertamadun penyokong Perak yang dipercayai membuat provokasi kepada penyokong lawan.

“Terus menerus media menyerang saya secara terbuka mengatakan saya mempertahankan tindakan penyokong Perak, tak apa bersedia untuk berjumpa di mahkamah,” ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pahang ada peningkatan, Zainal Abidin sedar kemenangan lalu bukan ukuran Penang FC – Sukan

Next Post

TFC beruntung ada Faisal Halim, Selangor perlu ada naluri ‘bunuh’ lebih baik — Nidzam Jamil – Sukan

Related Posts