Sibuk beraksi di Piala AFF, Darren Lok sempat dedah ‘plan’ untuk Sabah FC – Sukan


SABAH FC diramal akan menjadi antara pasukan yang digeruni pada musim 2023 terutamanya selepas mereka berjaya menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Super musim lepas.

Selain mencatatkan rekod yang baik, pasukan berpangkalan di Borneo itu juga dilihat berbelanja besar dalam membawa masuk pemain baharu bagi menambah kekuatan skuad Sang Badak pada musim ini.

Antara tonggak baharu yang akan menjadi alasan Sabah FC bakal menjadi pencabar terbesar pada musim ini ialah penyerang Harimau Malaya, Darren Lok.

Bekas pemain Petaling Jaya (PJ) City FC itu sebelum ini memang dikaitkan dengan Sabah FC dan khabar angin itu menjadi kenyataan apabila Darren disahkan sebahagian daripada The Rhinos pada awal Disember 2022.

Kedatangan Darren sangat dialu-alukan oleh penyokong Sabah FC berikutan dia mempunyai rekod cemerlang sebagai penyerang tempatan yang berkualiti.

Bersama skuad The Phoenix sebelum ini, pemain kacukan Malaysia-England itu berhasil merekodkan 10 jaringan dan dua bantuan gol dalam saingan Liga Super musim 2022.

Darren dijangka akan menjadi mesin pencetak gol buat Sabah FC pada musim 2023. — Instagram/Darren

Selain cemerlang bersama bekas kelabnya, pemain berusia 32 tahun itu juga mempamerkan aksi mengagumkan bersama Harimau Malaya sebagai penyerang utama skuad kebangsaan.

Darren yang kini sedang sibuk membawa cabaran Malaysia mengharungi kejohanan Piala AFF Mitsubishi 2022 sempat mengulas mengenai rancangan untuk Sabah FC pada musim 2023.

Sepanjang kejohanan Piala AFF 2022, Darren diturunkan sebanyak empat kali sebagai pemain kesebelasan utama dan setaka ini, dia mencatatkan satu jaringan.

Pemain kelahiran Hailsham, England itu berkata, dia akan mengekalkan momentum yang ada ketika beraksi bersama Harimau Malaya untuk dibawa ke Sabah FC.

“Semestinya mengekalkan momentum yang ada ini adalah rancangan saya untuk Sabah FC pada musim depan.

“Selagi saya mempunyai masa permainan, saya akan membuat diri saya beraksi dan menjaringkan gol. Saya teruja untuk beraksi bersama Sabah FC,” katanya kepada Majoriti.

Darren berkata, komitmennya untuk Sabah FC akan diberikan sepenuhnya selepas selesai melaksanakan tugas negara bersama Harimau Malaya.

“Tapi kini saya perlu memberi perhatian sepenuh kepada Malaysia. Selepas tugas negara selesai, saya akan beri komitmen sepenuhnya untuk Sabah FC,” jelasnya.

Darren antara penjaring tempatan terbanyak Liga Super. — Instagram/Darren

Bekas pemain JDT itu diumumkan sebagai pemain Sabah FC bersama dengan pertahanan tengah Kuala Lumpur City (KL City), Irfan Zakaria dan Stuart Wilkin sebagai pemain tetap.

Selain tiga tonggak itu, S Kumaahran (PJ City FC), Jafri Firdaus Chew (Penang FC), R Dinesh (Negeri Sembilan FC), Danial Haqim (JDT) juga disahkan menyarung jersi The Rhinos.

Terbaharu skuad The Rhinos mengumumkan empat lagi pemain baharu termasuk tiga daripada ialah tonggak import bagi membantu memperkukuhkan pasukan tersebut.

Antaranya ialah pemain pinjaman dari Harimau Selatan, Daniel Ting dan membawa masuk tonggak import, Jacob Njoku yang sebelum ini beraksi bersama Kelantan United FC.

Dua tonggak import lain turut diumumkan ialah Telmo Castanheira dari Portugal dan pemain kelahiran Brazil, Gabriel Peres yang akan memperkuatkan jentera tengah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Anggap Terengganu, Selangor rumah kedua, legenda import mahu ‘gantung but’ di Malaysia – Sukan

Next Post

Syafiq tenangkan spekulasi balik ke Kedah – Sukan

Related Posts