Siaran langsung hadapi gangguan, Bobie beri tawaran buat penyokong TBG – Sukan


PERAK FC meraih kemenangan bermakna 4-2 dalam aksi persahabatan peringkat antarabangsa apabila mereka berdepan kelab Indonesia, Serpong City FC di Stadium Segiri, Samarinda pada Khamis.

Hattrik daripada penyerang import, Luka Milunovic pada babak kedua memastikan kejayaan bermakna buat skuad The Bos Gaurus (TBG) dalam perlawanan berkenaan.

Pemain muda, Alif Zikri turut mencuri nama dalam perlawanan terbabit apabila dia meletakkan namanya sebagai salah seorang penjaring.

Kemenangan berkenaan pastinya diraikan penyokong kelab Utara tanah air itu memandangkan mereka dapat menyaingi pasukan luar meskipun hanya dalam aksi persahabatan.

Bagaimanapun, keputusan bermakna berkenaan dicemari luahan kekecewaan dengan sebilangan penyokong melaporkan mereka tidak dapat menyaksikan aksi itu.

Skuad TBG bakal berdepan Borneo FC di Stadium Segiri, Indonesia pada Sabtu. — Facebook/Perak FC

Menurut maklumat awal, Perak FC menawarkan orang ramai untuk menyaksikan perlawanan terbabit menerusi perkhidmatan penstriman disediakan di laman sesawang kelab dengan bayaran dikenakan.

Tetapi, isu lain timbul apabila segelintir pihak mengatakan siaran mereka tergendala sehingga menyebabkan mereka terlepas perlawanan tersebut di minit-minit awal.

Luahan tersebut dibuat di media sosial dengan mereka yang terkesan mula mendesak supaya jawapan diberikan pihak pengurusan atas perkara terbabit.

Menjawab akan hal itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin berkata, dia sendiri tidak menafikan masalah terbabit berlaku.

“Disebabkan masalah teknikal di laman sesawang kami sebentar tadi, kini anda boleh menonton rakaman perlawanan sebentar tadi.

Tangkap layar daripada hantaran Bobie di akaun Facebook TBG Super Fan.

“Untuk aksi pada 18 November ini, kami masih menunggu kelulusan untuk penyiaran dan kepada mereka yang sudah bayar tadi, anda akan dapat akses percuma,” katanya menerusi akaun Facebook TBG Super Fan.

Selepas ini, skuad TBG bakal berdepan pendahulu Liga 1 Indonesia, Borneo FC dengan perlawanan terbabit akan turut berlangsung di venue sama pada Sabtu.

Aksi berkenaan diadakan setelah satu bentuk kerjasama diadakan antara Perak FC dan pasukan berkenaan dalam usaha meningkatkan reputasi masing-masing di rantau Asia Tenggara.

Tambah Bobie lagi, sekiranya isu berkenaan berulang, pihaknya akan menawarkan tontonan secara rakaman dengan pembayaran masih dikenakan.

“Jika kami gagal membuat siaran langsung, ia akan dibuat secara rakaman. Untuk rakaman juga perlu ada pembayaran bagi mereka yang mahu tonton.

“Jika tak dapat tonton juga, anda boleh tonton tayangan perdana dalam siri dokumentari ‘Rise as One’ untuk yang dah buat pembayaran tadi dengan episod pertama akan ke udara tak lama lagi, harap maklum,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bakal kembali beraksi, David de Gea pilih kelab ‘kampung’ berbanding ganti Onana di United – Sukan

Next Post

[VIDEO] Tonggak India buat ramai cair, sempat cari isteri sebelum separuh akhir Piala Dunia Kriket – Sukan

Related Posts