‘Siapakah yang terpecah, terbelah dengan pantun itu?’ — Sanusi – Sukan


MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyifatkan beberapa status yang dimuat naik di Facebook miliknya kebelakangan ini hanyalah seloka dan gurauan semata-mata tanpa ada kaitan dengan mana-mana pihak.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, ia juga tidak mempunyai niat untuk memecahbelahkan mana-mana pihak.

Katanya, seloka itu juga adalah bahan berfikir dan berharap tiada pihak yang tersinggung dengan gurauan berkenaan.

“Tak adalah niat memecah-belah, nak pecah belahkan siapa? Siapakah yang terpecah dan terbelah dengan pantun itu?

“Itu cuma bahan berfikir, harap-harap tak ada yang ‘koyak’ dan kalau ‘terkoyak’, pandai-pandailah tampal,” katanya selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di Alor Setar, Kedah pada Rabu.

Menurutnya, pihak yang membaca seloka berkenaan perlu mentafsir dengan sendiri yang mempunyai mesej tertentu.

“Tafsir sendiri-sendirilah status dimuat naik di Facebook itu, tak ada kaitan dengan yang hidup dan mati. Semua hantaran itu seloka dan gurauan saja tetapi ada selit mesej dan bahan untuk berfikir.

“Janganlah kita seronok kerana menang dan berdukacita kerana kalah tanpa memikirkan ibrah atau pengajaran daripada kejadian itu. Kena fikir dan renung balik yang menang siapa dan yang kalah siapa?

“Selain itu kena tengok juga kenapa kita kalah dan pasal apa kita menang? Begitu juga macam mana boleh menang?,” jelasnya.

Muhammad Sanusi sebelum ini menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air apabila menyatakan sokongannya kepada Terengganu FC (TFC) dalam final Piala FA menentang JDT, Sabtu lalu.

Beliau kemudiannya tampil dengan seloka terbaharu di Facebook miliknya yang berbunyi ‘Kalau takut dilambung ombak, Jangan berumah di tepi pantai, Disangka ayamnya menang Pak Kaduk melompat bersorak, Disuruh berkokok nak bunyi eerrkkk! pun tak pandai’. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perak FC platform terbaik Lim Teong Kim pamer belang sebenar – Sukan

Next Post

KL City perlu tonik berbeza tembusi benteng JDT – Sukan

Related Posts