Shukor Adan sepatutnya jadi ketua jurulatih — Bojan Hodak – Sukan


PERSEKUTUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengesahkan bahawa Shukor Adan dilantik sebagai pembantu jurulatih skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) dan akan bekerjasama dengan Juan Torres Garrido sebagai pengendali baharu Harimau Muda.

Shukor yang juga pemain kebangsaan sebelum ini mempunyai pengalaman dalam barisan kejurulatihan ketika menjadi penolong jurulatih pasukan Liga Super, Kuala Lumpur (KL) City FC.

Lantikannya itu mendapat sambutan baik daripada pelbagai pihak namun bagi bekas pengendali skuad Warga Kota, Bojan Hodak pula menganggap Shukor sepatutnya dipilih sebagai ketua jurulatih B-23.

“Shukor Adan sepatutnya menjadi ketua jurulatih,” katanya ringkas ketika temu bual bersama Astro Arena.

Shukor dianggap sesuai untuk membawa watak sebagai pembantu Juan Torres. — Facebook/KLCity

Meskipun Ia kedengaran seperti satu gurauan tetapi itulah pandangan serius yang disuarakan jurulatih berpengalaman itu terhadap pemilihan barisan kejurulatihan B-23 negara.

Pengendali dari Croatia yang pernah membimbing skuad muda negara hingga mengecapi kejayaan manis dalam pertandingan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu berkongsi dengan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengenai perasaan terkejut dengan pelantikan Juan Torres selaku ketua jurulatih.

“Dia (Shukor) menawarkan sumbangan lebih besar. Ia langkah yang bagus buat dirinya, lagipun dia adalah bekas ketua pasukan kebangsaan. Saya belajar dengan cepat dan memahami permainan bola sepak jadi pemain muda boleh menimba banyak ilmu daripadanya.

“Dia memerlukan beberapa bulan untuk menyesuaikan diri dengan peranannya. Pemain mampu mematuhi arahannya. Dia dihormati pemain, bersemangat tetapi juga seorang yang tegas,” katanya. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Selain kemudi jentera pertahanan, Dion Cools berusaha jalankan tugas lain untuk HM – Sukan

Next Post

[VIDEO] Media antarabangsa tertarik suasana, sokongan ekor Harimau Malaya buat Palestin – Sukan

Related Posts