Shereen lebur rekod kebangsaan 30 tahun milik Rabia – Sukan


ATLET olahraga negara, Shereen Samson Vallabouy meleburkan rekod 400 meter (m) kebangsaan berusia 30 tahun apabila berjaya merekodkan catatan masa 51.80 saat (s).

Rekod itu dicatatkan di Kejohanan Olahraga Tahunan St Mac Relays ke-63 di Mt San Antonio College, California, Amerika Syarikat, awal pagi Sabtu (15 April 2023).

Secara keseluruhan, Shereen yang mewakili Winona State University di Minnesota, menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan tempat pertama dan kedua milik penuntut Texas A&M University iaitu Jermaisha Arnold dan Tierra Robinson-Jones dengan catatan masa 50.79s dan 51.01s.

Tempat ketiga pula iala Jan’Taijah Jones (Universiti of South Carolina) (51.06s) dan tempat keempat milik Ziyah Holman (University of Michigan) (51.60s.)

Shereen berjaya memperbaharui rekod milik Allahyarhamah Rabia Abdul Salam iaitu 52.56s yang dilakukan pada 1993, di Filipina.

Anak perempuan kepada pasangan bekas pelari trek negara, Samson Vallabouy dan Josephine Mary itu mencuri tumpuan apabila berjaya meleburkan rekod kebangsaan 400m dalam dewan milik Noraseela Mohd Khalid (54.58s) yang dicipta pada 2006 dengan catatan masa 53.79s.

Dia kemudian memperbaharui rekod berkenaan dengan catatan 53.47s ketika Kejohanan Bearson Gathje Classics di Minnesota, Januari lalu sebelum sekali lagi membuat kejutan pada Kejohanan Olahraga Jemputan Lewis Illinois, Chicago dengan catatan 52.87s pada Februari dengan memenangi pingat emas.

Shereen kemudiannya terus menampilkan aksi terbaik apabila sekali lagi menggenggam emas di Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Virginia Beach, Virginia, dengan merekodkan 52.27s pada bulan lalu.

Atlet berusia 25 tahun itu merupakan salah seorang wakil negara yang akan menggalas cabaran dalam temasya Sukan SEA Kemboja pada Mei ini bagi acara 400m dan 4x400m. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Ini bukan pentas UFC’, Bergson beri amaran pada PDRM – Sukan

Next Post

Sentuhan ubi muda, ‘M&M’ bantu Sang Penyu dapatkan semula rentak – Sukan

Related Posts