Sheikh Jassim tagih sentuhan bekas pengurus jika selesai ambil alih Man United – Sukan


KETIKA ini, khabar angin kuat mengatakan hartawan dari Timur Tengah, Sheikh Jassim Hamad Al-Thani semakin hampir bergelar sebagai pemilik Manchester United.

Dia dikatakan sudah menyediakan dana sehingga £6 bilion (RM35.6 bilion) untuk menyelesaikan proses berkenaan dengan ia dikhabarkan bakal selesai dalam masa terdekat.

Laporan tersebut pasti mencuri perhatian ramai, termasuk penyokong skuad The Red Devils yang berharap agar pemilik baharu mampu memberi nafas kepada gergasi Eropah berkenaan.

Namun, berdasarkan berita yang mula tersebar di media sosial ketika ini, terdapat ura-ura mengatakan langkah pertama Sheikh Jassim adalah dengan menggantikan pengurus.

Solskjaer pernah mengendalikan Manchester United untuk beberapa musim. — Agensi

Berdasarkan laporan, terdapat kemungkinan bahawa pihak yang sedang berminat untuk melakukan bidaan itu mahu kembali melantik Ole Gunnar Solskjaer.

Jutawan dari Qatar pada Mei lalu dilaporkan berkata, dia akan memberikan jawatan di kelab kepada legenda-legenda United sekiranya dia berjaya mengambil alih kelab itu.

Solskjaer yang dipecat pada November 2021, turut memberi bayangan yang dia akan kembali ke Old Trafford, tetapi bukan sebagai pengendali kerana prestasi Erik ten Hag pada musim pertamanya dilihat memberangsangkan.

Pengurus kelahiran Norway itu layak dianggap sebagai salah seorang legenda Manchester United selepas menjaringkan 126 gol untuk kelab dan turut membarisi skuad ‘treble’ pada 1999. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Top scorer bersama kelab lama antara 3 sebab Liga Super perlu gentar kehadiran ‘star boy’ Sabah FC – Sukan

Next Post

Tiga ‘senjata rahsia’ Tok Gajah boleh diturunkan Fandi Ahmad ketika melayan kejutan TRW – Sukan

Related Posts