Sesiapa ganti Embalo, tolong laksana tugas dengan baik — Kim Swee – Sukan


TIDAK mahu pasukannya terus keciciran mata, Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menyeru anak-anak buahnya untuk mempamerkan aksi terbaik dalam pertemuan menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu, pada Sabtu ini.

Ini katanya, bagi memastikan skuad Sang Badak terus kekal dalam kelompok terbaik Liga Super 2022 yang hanya berbaki beberapa perlawanan.

“Saya berharap, apabila kita bermain dengan Terengganu FC pada Sabtu ini, kita berjaya mendapatkan keputusan yang positif kerana kita tidak boleh lagi keciciran mata untuk mengekalkan tempat kedua ataupun dalam kelompok yang terbaik.

“Meskipun tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan lalu (kemenangan menentang Terengganu FC) sudah tentu akan memberi sedikit impak yang cukup berkesan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kim Swee memberitahu, ketika ini hanya penyerang import Jose Embalo yang masih mengalami kecederaan. — Facebook

Kim Swee berkata, tempoh rehat yang lama dapat memberi peluang untuk The Rhinos memperbaiki segala kelemahan yang ada.

“Semua pemain kini berada dalam tahap terbaik untuk memberikan persembahan lebih sempurna seperti mana yang kita tunjukkan sebelum ini,” katanya.

Tiga perlawanan sebelum ini, Sabah hanya mencatat keputusan seri menentang Kedah (1-1); Kuala Lumpur (2-2) dan kalah kepada Selangor (2-3).

Sementara itu, Kim Swee memberitahu, ketika ini hanya penyerang import Jose Embalo yang masih mengalami kecederaan.

“Kita mempunyai rata-rata pemain yang cukup cergas untuk menggantikan tempat Embalo dan sesiapa yang diturunkan, saya harap dapat melaksanakan tugas dengan terbaik,” katanya.

Sabah FC pada ketika ini berada di kedudukan kedua dengan 36 mata di belakang Johor Darul Takzim yang unggul dengan 43 mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Piala Malaysia aksi ‘beli jiwa’ Cheng Hoe, penentu nasib pemain Selangor – Sukan

Next Post

Syihan kena ingat dia ada pesaing lain – Azmin Azram – Sukan

Related Posts