Seruan buat Sang Kenari ‘terbang’ khas dari Australia – Sukan


MENJELANG aksi lima perlawanan terakhir Liga Super musim ini, skuad Sang Kenari diseru untuk menyahut cabaran bagi memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Pemilik dan Penaung Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar menerusi satu hantaran Facebook pada Selasa menitipkan kata-kata seruan sebagai suntikan semangat kepada pemain KDA FC.

“Masa sudah sampai lagi untuk Sang Kenari menunjukkan kebijaksanaan dan kemampuan sebenar menentang pasukan pelawat PJ City dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Darul Aman.

“Sokongan penuh para penyokong di Stadium Darul Aman pasti mengamit aura kehebatan Sang Kenari.

“Saya teringat ungkapan Rocky Balboa kepada anaknya. Dalam perlawanan (tinju) tidak penting mana berapa teruk kamu ditumbuk, tetapi bagaimana kamu bangun semula selepas jatuh ditumbuk.

“Jatuh dan gagal dalam kehidupan adalah biasa. Bangun semula daripada kegagalan adalah luar biasa. Kami perlukan sokongan anda semua – penyokong Kedah yang luar biasa – untuk kami bangkit semula,” tulisnya.

Seruan itu disampaikan khas oleh Daud yang kini berada di Brisbane, Australia.

KDA FC akan menghadapi lima perlawanan terakhir Liga Super musim ini dengan tiga daripadanya akan berlangsung di gelanggang sendiri.

“Peluang masih terbuka untuk merebut tiga tempat teratas liga namun tumpuan kini adalah perlawanan demi perlawanan tanpa melihat kedudukan liga.

“Tidak mustahil, kita pernah melakukannya, memberi cabaran sehingga ke perlawanan terakhir liga untuk berada di kedudukan kedua beberapa musim lepas,” tulis laman rasmi KDA FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Kalau ada tanah, harga biar berpatutan’, Perak FC mohon sokongan pihak berkuasa bina stadium – Sukan

Next Post

Pernah sebaris bintang Real Madrid, Alias Alan prospek yang kian dilupakan – Sukan

Related Posts