Serik tewas kepada pasukan underdog, Hidalgo anggap The Cats tetap lawan sukar – Sukan


PERSEMBAHAN Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Liga Super 2023 setakat ini belum benar-benar konsisten.

Kedah mencatatkan kemenangan besar 4-1 dalam pertemuan dengan Perak FC, menang tipis 1-0 ke atas Terengganu FC sebelum tertewas kepada PDRM FC (0-1) dan bangkit dengan kemenangan 3-2 ketika menentang Kelantan United.

Dalam pertembungan skuad Sang Kenari dengan Kuching City pada Jumaat, KDA FC tidak boleh memandang rendah pasukan underdog itu bagi mengelakkan daripada terkena badi kekalahan seperti ketika menentang The Cops.

Lebih-lebih lagi, pertemuan itu bakal berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah yang mana skuad Hijau Kuning pastinya enggan mengulangi kekalahan ketika perlawanan terbabit.

Pada perlawanan itu, KDA FC ditundukkan 1-0 selepas penyerang PDRM FC, Bruno Suzuki menggegarkan gawang Sang Kenari ketika pasukan itu bergelut bermain dengan 10 orang selepas insiden layangan kad merah kepada Manuel Ott dan Nafuzi Zain.

KDA FC mempamerkan aksi kurang konsisten setakat lima perlawanan pertama Liga Super musim ini. — Arena HijauKuning

Pemain sayap sensasi KDA FC, Manuel Hidalgo, menjangkakan cabaran sengit bakal diberikan oleh pasukan Kuching City kendalian Irfan Bakti.

“Kuching City FC akan memberikan saingan sengit kepada kami. Jadi, kami tidak pernah menganggap mereka pasukan underdog.

“Bagi kami, tiada apa yang mudah selepas apa yang terjadi kepada pasukan selepas kalah kepada PDRM FC. Kami akan bermain lebih baik kali ini dan bersedia menyahut cabaran mereka,” katanya.

Bagi Nafuzi pula, dia tidak mahu mengulanginya kesilapan kecil dalam pertemuan menentang The Cats.

“Kami akan ambil peluang ini untuk mengutip mata dan enggan membuat kesilapan-kesilapan yang akan menjerat kami sekali gus meletakkan pasukan di bawah tekanan,” katanya.

KDA FC mengumpul sembilan mata selepas mengharungi empat perlawanan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemain sertai kelab luar negara, isu VAR antara perkara dibincang Hamidin di Majlis FIFA – Sukan

Next Post

Kelantan kempunan 3 mata, taktikal Moon-sik ‘rotate player’ jadi punca – Sukan

Related Posts