Serang dan bertahan jadi keutamaan Manzoor berdepan The Cops, elak skrip berulang masa jumpa Kedah – Sukan


PENANG FC berhasrat melupakan kekalahan di derbi utara tempoh hari sekali gus bangkit menyerlah untuk mencatatkan kemenangan kedua mereka musim ini apabila menentang PDRM FC.

Tewas tipis 1-0 di Stadium Darul Aman kepada Kedah dalam aksi terdahulu ternyata mengecewakan skuad kendalian Manzoor Azwira dan kini meletakkan sasaran untuk bangkit apabila berdepan PDRM pada Ahad.

“Kami sangat kecewa kerana gagal mendapatkan sebarang mata ketika bertemu Kedah. Namun bertemu PDRM di tempat sendiri, saya menasihatkan kepada pemain supaya kembali fokus dan cuba mendapatkan kemenangan,” kata Manzoor.

Manzoor meletakkan sasaran untuk Penang FC bangkit apabila berdepan PDRM pada Ahad. — Facebook/ Penang FC

Menurutnya, PDRM pasukan yang agak berkualiti kerana mereka cuba menghadirkan tentangan ketika bertemu Sri Pahang dalam aksi terdahulu.

“Jadi kami tidak akan mengambil mudah dan bertahan dengan baik serta menyerang dalam usaha mendapatkan kemenangan,” katanya lagi.

Sementara itu, pemain tengah, Hadin Azman, menyeru rakan sepasukannya supaya memberikan tumpuan 100 peratus terhadap skuad PDRM yang mampu melakar kejutan di perlawanan pada Ahad nanti.

“Penang akan cuba memberikan tumpuan sepanjang perlawanan dan memastikan tiada kesilapan mudah berlaku bagi membenarkan lawan menghukum kami dan cuba untuk mendapatkan kemenangan beraksi di laman sendiri,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kekal misi buru emas, FAM tak letak sasaran baharu buat Harimau Muda selepas diundi dalam grup ‘maut’ Sukan SEA – Sukan

Next Post

Aura Nafuzi dan kekebalan SSI antara 7 trivia menarik menjelang perlawanan JDT–KDA FC – Sukan

Related Posts