Sepi tanpa khabar berbulan lamanya, peninju wanita umum bersalin anak pertama

KELAHIRAN yang ditunggu-tunggu.

Begitulah kisahnya mengenai peninju UFC, Ronda Rousey dan suaminya, Travis Browne yang baru menimang cahaya mata pertama, baru-baru ini.

Peninju wanita berusia 34 tahun itu berkongsi khabar berkenaan menerusi Instagram kepada 14 juta pengikutnya.

“Saya tak boleh sorok lagi. Ini masa untuk kami dedahkannya,” ujar Rousey menerusi kapsyen.

Dedah Rousey, anaknya diberi nama La’akea Makalapuaokalanipo Browne.

Nama itu diinspirasikan daripada susur galur suaminya yang berasal dari Hawaii.

Menerusi Instagram, Rousey turut menyifatkan pengalaman bergelar ibu sebagai satu detik yang cukup berharga buat dirinya.

“Terlalu banyak nak dikongsi dalam satu post, tapi ini sedikit sebanyak yang berlaku sejak empat bulan lalu,” ujarnya lagi.

Rousey sebelum ini mendiamkan diri beberapa bulan dan tidak aktif dalam sukan berkenaan kerana sedang berbadan dua. – Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Guardiola akui ‘jatuh cinta’ dengan Marco Verratti

Next Post

Mula kemarau gol, Lukaku pening kepala tembus pertahanan Juventus

Related Posts