Seorang lagi orang kuat JDT ‘angkat kaki’, 3 pasukan ini perlu dan mampu tagih khidmatnya – Sukan

SELEPAS ketua jurulatih, Benjamin Mora, pakar analisis pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Haydee Agras pula dilaporkan meninggalkan juara bertahan saingan Liga Super itu.

Perkara itu dikongsikan oleh Haydee menerusi laman media sosial Instagram miliknya yang mana beliau mengucapkan terima kasih kepada pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Mora sepanjang berkhidmat bersama kelab tersebut.

Haydee merupakan ‘tulang belakang’ JDT sejak menyertai Harimau Selatan pada 2019 dan dilaporkan bekas pemain futsal itu diberi tugasan untuk menyediakan kira-kira 300 laporan lengkap perlawanan serta menonton 400 perlawanan bola sepak setiap tahun.

Peranan Haydee secara tidak langsung menjadi nadi pasukan dalam meraih kejayaan sejak menyertai JDT pada musim 2019 lalu. — Facebook JDT

Antara kejayaan terbesar Haydee ialah membawa Harimau Selatan ke pusingan kalah mati bagi kejohanan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Terbaharu, Haydee dikhabarkan diburu oleh beberapa kelab bola sepak tempatan dan negara jiran bagi mendapatkan khidmatnya dalam membuat penilaian serta mengkaji strategi lawan.

Pastinya untuk menggunakan khidmat Haydee, sebuah pasukan perlu memberi gaji lumayan dan berikut merupakan tiga pasukan yang mampu dan memerlukan bekas orang kuat JDT ini

1) Sabah FC

Sabah FC kini mengumpul 34 mata pada tangga kedua Liga Super. — Facebook Kelantan

Jika Sabah FC berjaya mengekalkan kedudukan di tempat kedua bagi saingan Liga Super, skuad The Rhinos berpeluang untuk menyertai kejohanan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Kehebatan Haydee yang arif dalam menjalankan analisis prestasi setiap pemain dan pihak lawan pasti diperlukan oleh Sang Badak sekiranya memasuki AFC pada tahun depan.

Malah, Sabah FC juga antara kelab yang tidak terpalit dengan masalah kewangan dan mampu membeli barisan pemain legenda tanah air seperti Baddrol Bakhtiar, Khairul Fahmi Che Mat dan Rizal Ghazali.

2) Kelantan FC

Barisan kesebelasan utama Kelantan FC sewaktu menentang Perak pada Rabu. — Facebook Kelantan

Skuad The Red Warriors yang kini beraksi pada saingan Liga Perdana memerlukan figura seperti Haydee untuk menjadi orang kanan Rezal Zambery bagi mempersiapkan pasukan itu sekiranya memasuki Liga Super pada musim hadapan.

Kelantan FC pasti tidak mempunyai sebarang masalah kewangan untuk melantik Haydee berikutan pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau yang lebih mesra disapa Zamsaham itu dilihat sebagai individu yang berkemampuan.

Mana tidaknya, sebelum ini Zamsaham juga pernah menyelamatkan Kelantan dari krisis kewangan yang membelenggu pasukan sejak sekian lama.

Terbaharu, Zamsaham juga melebarkan sayap ke negara jiran apabila beliau menjadi pemilik baharu kelab Indonesia, PSPS Riau.

3) Selangor FC

Nidzam Jamil mengambil alih tanggungjawab mengemudi Selangor sebagai ketua jurulatih sementara bagi menggantikan Michael Feichtenbeiner. — Facebook JDT

Selangor FC yang dihimpit masalah prestasi itu pasti akan memerlukan khidmat Haydee untuk bantu memperbaiki karekter pemain, corak permainan pemain dan teknik ketika menyerang serta bertahan.

Dari segi masalah kewangan, pasukan itu pastinya tidak mempunyai masalah berikutan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj adalah pemilik bersama kelab berkenaan.

Dengan gabungan antara Haydee dan misi Selangor dalam pencarian ketua jurulatih baharu pasti boleh membantu Gergasi Merah mengembalikan zaman kegemilangan mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Tak sabar nantikan FIFA 23, Imran Burhanudeen sasar melangkah ke new level – Sukan

Next Post

Tak berbaloi belanja cecah RM22 juta, penyokong mula persoal pengurusan Kedah – Sukan

Related Posts