Sentuhan ubi muda, ‘M&M’ bantu Sang Penyu dapatkan semula rentak – Sukan


SKUAD Terengganu FC mendapat momentum yang dicari selepas membenam pasukan Melaka FC dalam kejohanan Piala FA pada Jumaat.

Persembahan beberapa pemain muda skuad Sang Penyu dalam perlawanan itu wajar mendapat pujian apabila membolehkan Terengganu FC layak ke suku akhir.

Penyerang Ghana, Jordan Mintah menjadi wira skuad Terengganu dengan dua gol pada minit ke-82 dan ke-93, manakala gol lain dijaringkan oleh penyerang Croatia, Ivan Mamut (minit ke-5) dan pemain sayap Hakimi Abdullah (minit ke-71).

Begitupun apa yang lebih penting ialah pemain-pemain muda seperti Hakimi, Engku Nur Shakir Engku Yacob, Safwan Mazlan dan Azam Azmi Murad menunjukkan mereka mampu memainkan watak utama buat skuad Terengganu.

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner gembira dengan permainan dominan yang ditunjukkan pasukannya dan memuji persembahan pemain muda.

“Keputusan kelihatan baik. Kami menghabiskan lebih banyak tenaga daripada yang saya mahukan tetapi kami berjaya ke pusingan seterusnya. Saya berpuas hati,” kata Steinbruckner.

Menurut jurulatih dari Croatia itu, dia banyak memerhatikan pemain muda ketika latihan.

“Shakir kelihatan cergas dalam tempoh 10 hari yang lalu. Saya memberinya peluang dan dia melakukannya dengan baik.

“Hakimi pula menjaringkan gol lagi dan dia okey. Safwan main dengan baik namun perlu lebuh tenang.

“Saya ada sasaran tinggi daripadanya kerana dia pemain muda kebangsaan. Sudah tentu mereka akan lebih banyak beraksi di bawah kendalian saya selepas ini,” katanya.

Steinbruckner juga gembira dengan prestasi yang ditunjukkan oleh duo Terengganu yang digelar ‘M&Ms’ iaitu Mamut dan Mintah.

Mamut, yang bergelut pada awal musim, kini menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan terakhir, manakala Mintah mempunyai enam gol dalam lima perlawanan terakhir.

“Ivan dan Jordan bertambah baik. Mereka mempunyai lebih keyakinan dan pasukan juga bergerak dengan baik,” katanya.

Menurutnya, keyakinan menjelmakan suasana di bilik persalinan yang lebih baik.

“Kami memenangi empat perlawanan berturut-turut, termasuk tiga perlawanan liga terakhir,” katanya.

Perlawanan seterusnya membabitkan aksi Liga Super, yang mana Terengganu akan menentang Selangor di Stadium Petaling Jaya pada Selasa.

Terengganu menduduki tangga keenam liga dengan 13 mata. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Shereen lebur rekod kebangsaan 30 tahun milik Rabia – Sukan

Next Post

‘Tiada bajet tapi mahu berkualiti?’, 4 bintang import Asean masih status ‘free agent’ – Sukan

Related Posts