‘Semoga TRW dijauhi oleh parasit dan pengkhianat’, Kelantan FC harap kes staf salah guna kuasa diselesaikan secara profesional – Sukan


PASUKAN Liga Super Kelantan FC membuat laporan polis berkaitan isu dalaman yang melanda skuad Pantai Timur.

Kelantan FC memaklumkan laporan itu membabitkan salah laku bekas pekerja pasukan terbabit yang dipercayai kemungkinan terbabit penyelewengan, penyalahgunaan data dan maklumat untuk kegunaan pihak luar.

Ketua keselamatan pasukan, Tuan Hazli Tuan Mamat menerusi kenyataan di Facebook TRW Kelantan FC memaklumkan bahawa bekas pekerja terbabit dipercayai mengambil tindakan itu tanpa merujuk kepada pihak pengurusan terlebih dahulu sekali gus berdepan risiko kerugian.

“Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini boleh membabitkan kerugian kepada kelab kerana pengambilan hak cipta dengan pelanggaran etika dan salah guna kuasa ketika menjawat jawatan itu.

Laporan polis yang dibuat terhadap salah laku bekas pekerja. — Facebook

“Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis dan semua bukti berkaitan juga diserahkan,” katanya.

Tambahnya, pihak keselamatan dan perundangan sentiasa memberikan kerjasama bagi memastikan siasatan berjalan lancar dan berharap bekas staf itu dikenakan tindakan sewajarnya.

Selain itu, pihak Kelantan FC turut berharap agar kes itu dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak berkuasa secara profesional.

“Semoga TRW dijauhi oleh parasit dan pengkhianat,” tulisnya.

Berdasarkan kepada laporan polis terbabit, kesalahan terbabit dikesan pada awal bulan lalu sebelum tindakan susulan diambil bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lawatan Marzuki Nasir ke Jepun bakal lonjak reputasi Sabah FC – Sukan

Next Post

Bukan setakat Farizal, ini 3 lagi kapten digugurkan untuk musim 2023 – Sukan

Related Posts