Semakin tak popular, Ten Hag mula merintih sokongan pemain United – Sukan


DRAMA di Manchester United kini berterusan apabila situasi tegang antara pengurus, Erik ten Hag dengan para pemainnya.

Pengurus dari Belanda itu dilaporkan sedang bertarung untuk mendapatkan sokongan daripada para pemainnya sendiri dengan Ten Hag dilaporkan semakin tidak popular di Old Trafford.

Laporan ESPN menyebut Ten Hag kini sudah mula kehilangan sokongan para pemain United melibatkan beberapa punca.

Sebab pertama adalah pengurus tersebut dilihat terlalu tegas dalam rejim latihannya. Ten Hag dilaporkan mengenakan rejim latihan yang terlalu keras bermula dari pra-musim hinggalah saingan liga sudah berjalan.

Selain itu, Ten Hag turut tidak disenangi para pemain kerana mengamalkan taktikal yang menyebabkan United sering terdedah di bahagian pertahanan hinggakan mereka sering keciciran mata.

Ten Hag (kiri) dan Rashford (kanan) pernah sama-sama memenangi gelaran pengurus dan pemain terbaik bulanan EPL. — Agensi

Satu lagi penyebabnya adalah Ten Hag terlalu terbuka mengkritik para pemain United kepada media terutamanya ketika The Red Devils tidak berjaya meraih kemenangan.

Namun Ten Hag kini mula mengurangkan kritikan terbuka terhadap para pemainnya di depan media demi menjaga air muka. Oleh itu, Andre Onana tidak dikecam hebat olehnya walaupun melakukan dua kesilapan mudah ketika bertemu Galatasaray dalam aksi UEFA Champions League (UCL).

Situasi sukar Ten Hag dalam bilik persalinan United ditambah dengan ketiadaan pemain seperti Lisandro Martinez dan Casemiro.

Kedua-dua pemain itu merupakan orang kanan Ten Hag yang sentiasa menyokong pengurus tersebut. Sementara pemain seperti Jadon Sancho dan Marcus Rashford tidak senang dengan pengurus terbabit.

Martinez dan Casemiro kini mengalami kecederaan dan tidak akan beraksi sehingga akhir tahun ini. Isu kecederaan tersebut merumitkan keadaan Ten Hag kerana mereka bakal berdepan tiga perlawanan penting.

United akan berdepan Chelsea pada 7 Disember dalam aksi English Premier League (EPL) sebelum berdepan Bournemouth dua hari kemudian.

Ujian getir berterusan untuk Ten Hag apabila berdepan Bayern Munich pada 13 Disember dalam penentuan hidup mati ke pusingan seterusnya UCL sebelum berdepan Liverpool di Anfield, lima hari kemudian.

Empat perlawanan tersebut amat penting untuk Ten Hag. Jika rekodnya tidak cantik sebelum bertemu Liverpool, dia berpotensi untuk dipecat sekiranya tumbang kepada The Reds di Anfield. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kehadiran bekas pemain Belgium bantutkan hasrat Ousmane Fane ke Indonesia – Sukan

Next Post

‘Last tahun ni di Sabah’, komen lama kembali tular kuatkan khabar angin Rizal Ghazali pulang ke Kedah – Sukan

Related Posts