Selepas sebulan di Melaka FC, De Paula dedah punca rela turun pangkat ke Liga M3 – Sukan


SAINGAN Liga M3 pada musim ini lebih menarik perhatian penyokong kerana ramai pemain berpengalaman yang pernah beraksi di Liga Super sanggup menyertai pasukan-pasukan kerdil tanah air.

Antara pemain tersebut ialah penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula yang kini menyertai Melaka FC secara pinjaman dari Johor Darul Takzim (JDT) untuk membantu jentera serangan pasukan di bawah bimbingan Pedro Hipolito.

Meskipun perpindahannya itu pada awalnya mengejutkan penyokong, namun di sisi lain ia adalah jalan terbaik buat pemain itu mengembalikan keyakinan dan taringnya di hadapan gawang lawan.

Sejak menyertai skuad Hang Tuah, pemain berusia 36 tahun itu sudah meledak dua gol pada perlawanan menentang Harini FT dan satu jaringan ketika menewaskan Bukit Tambun 1-0 di Stadium Hang Jebat pada Sabtu lalu.

Selepas hampir sebulan bersama pasukan Liga M3 itu, De Paula akhirnya tampil mendedahkan sebab dia memilih beraksi dengan Melaka FC meskipun sebelum ini menyarung jersi skuad Harimau Selatan selama dua musim.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, keputusan berhijrah ke Melaka FC itu kerana mahu mencari semula potensi dalam diri selepas bergelut mencari minit permainan di JDT.

Luahan De Paula di laman Instagram. — Instagram/DePaula

“Bulan lepas menandakan bermulanya lembaran baharu dalam hidup saya. Satu kerana saya berusaha untuk menjadi bahagia tidak kira apa yang dilemparkan kepada saya. Saya tahu bahawa Tuhan akan sentiasa di sisi, memberkati dengan setiap langkah yang saya ambil. Sudah tiba masanya untuk memulakan perjalanan baharu dan saya bersedia untuk apa sahaja yang datang.

“Saya yakin dengan keupayaan saya untuk menyahut sebarang cabaran akan datang dan yakin dengan potensi yang ada dalam diri saya. Saya bersedia untuk bangkit, tidak kira besar atau kecil tugas itu. Dengan keazaman dan kekuatan perwatakan, saya boleh menyahut apa-apa cabaran,” kongsinya.

Untuk rekod, De Paula mula menyertai JDT pada Mei 2021 dan dia hanya membuat lima penampilan sahaja dengan kurang daripada 35 minit permainan bersama skuad utama Harimau Selatan.

Dalam pada itu, tiga jaringan daripada pemain kelahiran Brazil itu juga berhasil meletakkan Melaka FC pada kedudukan ketujuh Liga M3 dengan memungut empat mata dalam tiga perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lama menghilang, kelibat import skuad Jang akhirnya muncul tapi bukan di pentas Liga Super – Sukan

Next Post

Dion Cools optimis, kukuhkan kubu elak gawang Harimau Malaya bocor – Sukan

Related Posts