Selepas lama menyepi, Alex kini kembali bersama legenda Pahang – Sukan


AZAMUDDIN Akil bukanlah nama yang perlu diperkenalkan lagi dalam arena bola sepak tempatan.

Prestasi ditonjolkan anak jati Pahang ini sememangnya pernah dijadikan taruhan hampir kesemua kelab utama di dalam negara.

Bakat dimiliki pemain sayap ini mula menyinar semasa dia beraksi bersama skuad Tok Gajah apabila dia membantu Pahang merangkul kejuaraan treble Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih pada musim 2014.

Dengan potensi yang dimilikinya, Azamuddin pernah dilamar untuk membarisi skuad kelab gergasi bola sepak negara, Johor Darul Takzim (JDT) pada 2016.

Pada masa sama, dia juga bermain bersama pasukan Selangor FC pada musim 2017 sebelum menyertai Kedah Darul Aman FC (KDA) FC setahun kemudian dan kekal di kelab tersebut selama hampir empat tahun.

Azamuddin (kanan) ketika bersama Pahang.

Selepas menamatkan kontraknya bersama skuad Hijau Kuning pada penghujung 2022, Azamuddin dilaporkan masih tidak menyertai mana-mana kelab bagi memulakan musim baharu liga.

Namun begitu, selepas beberapa bulan menyepi, teka-teki mengenai destinasi terbaharu Azamuddin akhirnya terjawab selepas dia dilaporkan menyertai skuad yang beraksi di liga amatur negara, iaitu Kelana United.

Berita mengenai perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh kelab berkenaan selepas bekas pemain kebangsaan itu membuat penampilan pertamanya pada perlawanan Liga Perdana FAS pada Ahad lalu.

Pada aksi tersebut, pemain yang lebih mesra disapa Alex itu dilaporkan turut menyumbang satu hantaran gol bagi membantu pasukan memperoleh kemenangan 3-0 ke atas SA United.

Perkembangan tersebut turut menyaksikan figura berusia 38 tahun itu kembali bergandingan bersama bekas rakan sepasukannya di Pahang sebelum ini iaitu pemain pertahanan tengah, Razman Roslan.

Skuad Kelana United ketika ini turut dibarisi bekas penyerang kebangsaan iaitu Fakri Saarani. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kontinjen negara catat kutipan pingat terburuk dalam sejarah Sukan SEA – Sukan

Next Post

[VIDEO] Insiden pergaduhan final Sukan SEA, ‘staff coach’ Indonesia tumbang ditumbuk kem Thailand – Sukan

Related Posts