Selepas kontrak kelab England disambung, kini pemain muda warisan jadi taruhan HM – Sukan


PEMAIN warisan yang mendapat perhatian penyokong bola sepak tanah air, Richard Chin difahamkan sudah semakin kukuh bersama kelabnya iaitu Charlton Athletic.

Pasukan Charlton yang kini beraksi di Liga Divisyen Tiga Inggeris, League One sudah menyambung kontrak pemain pertahanan berusia 20 tahun itu selama semusim lagi iaitu sehingga 2024.

Beraksi sebagai arkitek tengah, Richard yang menyertai skuad Addicks di peringkat bawah sembilan tahun dan tampil 15 kali untuk pasukan utama musim ini.

Memetik laporan dari BBC, pengurus Charlton, Dean Holden berkata, keputusan tersebut dibuat kerana kadar kerja dan kemahiran teknikal yang ditonjolkan Richard sewaktu beraksi.

Tangkap layar skuad Addicks mengumumkan mengenai lanjutan kontrak Richard. — Instagram/Richard

“Selain fizikal dan teknikalnya, saya kagum dengan tahap skil dan tumpuannya untuk menambah baik mutu permainannya.

“Dia seorang pemain muda yang bagus dan mempunyai masa depan cerah. Saya gembira kami menyambung kontraknya setahun lagi.

“Saya tidak sabar untuk melihat perkembangannya kerana banyak lagi yang akan diberikan Richard,” kongsi pengurus itu.

Richard membuat penampilan sulung di Charlton menerusi Papa John’s Trophy dengan jaringan 1-0 kepada Leyton Orient pada November 2021 dalam penampilan tunggalnya musim lalu.

Dia yang sebelum ini mengejutkan peminat bola sepak tempatan selepas membuat debut dalam Liga Inggeris, League One EFL minggu lalu, diharap akan menjadi taruhan utama untuk Harimau Malaya suatu hari nanti.

Rata-rata penyokong berharap Richard akan mendapat panggilan kebangsaan seperti pemain warisan lain dan kehadirannya juga akan memberi banyak pilihan kepada Kim Pan-gon.

Sebelum ini, media tempatan pernah melaporkan bahawa ejen Richard sudah bercakap dengan beberapa orang dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai hasratnya untuk menyarung jersi kebangsaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Wira JDT tak bangga diri, Syihan tetap komited jika layak pertahan gawang negara kali ke-10 – Sukan

Next Post

Selepas lalui fasa buruk di Old Trafford, Ronaldo akui jadi insan lebih baik – Sukan

Related Posts