Selepas kehilangan Saliba, Arsenal bakal tempang tanpa seorang lagi pertahanan – Sukan


PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta mengakui bahawa dia risau dengan kecederaan yang dialami pertahanan kanan antarabangsa Jepun, Takehiro Tomiyasu.

Dia sebelum ini terpaksa dikeluarkan selepas 10 minit permainan ketika skuad The Gunners berdepan Sporting Lisbon dalam saingan Liga Eropah UEFA (UEL) selepas tergelincir.

Menurut Arteta, terdapat kemungkinan bahawa Tomiyasu terpaksa menerima pembedahan di lutut selepas pemeriksaan awal mendapati ada kecederaan di ligamennya.

“Kami tidak tahu dengan pihak perubatan pasukan sedang mengenal pasti tahap kecederaannya. Ketika ini, kami baru sahaja melakukan ujian sebanyak sekali, mungkin ia perlu dilakukan sekali lagi.

“Mengenali Tomiyasu, dia bukanlah seorang yang gemar digugurkan daripada pasukan. Jadi, pasti kami sepasukan berasa kurang yakin dengan keadaannya ketika ini,” kata Arteta.

Sejak menyertai Arsenal dari Bologna, pemain berusia 24 tahun itu terus diberikan kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama, namun peluangnya semakin terkesan musim ini.

Kecederaan yang dialami Tomiyasu itu pastinya merisaukan Arteta yang baru sahaja kehilangan khidmat pertahanan tengah antarabangsa Perancis, William Saliba.

Kecederaan Tomiyasu pasti akan menggoyahkan benteng pertahanan The Gunners. — Agensi

Beberapa agensi media turut melaporkan bahawa Saliba turut berdepan risiko tidak dapat diturunkan beberapa minggu berikutan isu kecergasan berkenaan.

Namun, masalah berkenaan dilihat tidak membebankan skuad The Gunners apabila mereka masih berada lima mata di hadapan pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

Arsenal ketika ini sudah mengumpul 69 mata daripada 28 perlawanan dengan hanya tiga kekalahan dicatatkan sepanjang musim.

Mereka selepas ini bakal menerima kunjungan Leeds United di Stadium Emirates, London bagi mengukuhkan lagi kedudukan pasukan di persada liga. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Saya pernah termuntah berlatih di bawahnya — Sikh Izhan – Sukan

Next Post

Dulu dilabel tamak, tonggak import JDT kini raih pujian semakin keluar dari bayangan Bergson – NetzKorner

Related Posts