Selepas Borussia Dortmund, JDT bakal berentap kelab Indonesia – Sukan


PERSIS Solo, kelab bola sepak Indonesia yang berpangkalan di kota Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia telah menerima jemputan kem latihan bersama Johor Darul Takzim (JDT).

Seramai 26 pemain akan dibawa ke kem latihan serta menjalani dua sesi perlawanan persahabatan dengan juara Liga Super sembilan kali bermula pada Rabu sehingga 18 November, menurut kelab Indonesia itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

Persis Solo turut akan melakukan kajian perbandingan serta penyelidikan berkaitan tadbir urus kelab, infrastruktur sokongan, sistem akademi dan pengurusan yang diterapkan JDT.

Perkara itu diumumkan oleh Persis menerusi laman media sosial rasmi yang mana jemputan dihantar oleh Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards pada 4 November lalu.

“Kami percaya tadbir urus kelab profesional dalam industri bola sepak moden boleh dipelajari daripada JDT yang meraih pelbagai kejuaraan domestik dan pencapaian di Asia dalam tempoh sedekad,” katanya.

Pengurusan Persis Solo dipimpin Kaesang Pangarep, anak bongsu Presiden Joko Widodo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, sahamnya turut dimiliki jutawan dan Menteri Perusahaan Milik Negara Erick Thohir.

Bekas pembantu jurulatih di JDT, Leonardo Medina pada Ahad telah dilantik sebagai jurulatih baharu kelab dan kini berusaha memastikan aspek fizikal pemain berada dalam keadaan terbaik.

Liga Indonesia masih digantung kerajaan susulan tragedi di Stadium Kanjuruhan pada 1 Oktober yang meragut 135 nyawa.

Polis melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan perusuh setelah perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya tamat, mencetuskan rempuhan di pintu keluar stadium akibat peminat panik.

Selain kelab Indonesia itu, Harimau Selatan juga akan mengatur perlawanan persahabatan kelab antarabangsa menentang Borussia Dortmund di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 28 November. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

SSI medan pemain muda Kelantan tunjuk skil, 2 nama dipetik coach Rezal

Next Post

Jika tinggalkan Perak FC, 3 pasukan paling sesuai ikat pemain legenda ini – Sukan

Related Posts