Selepas 54 tahun berkahwin, pasangan usia 70-an timang bayi pertama – Sukan

PASANGAN warga emas tidak menyangka bakal menimang cahaya mata pertama selepas 54 tahun mendirikan rumah tangga.

Bayi itu dilahirkan di Rajasthan Alwar, India menerusi rawatan IVF dan doktor mendakwa hanya terdapat satu kes kelahiran sedemikian dilaporkan.

Bapa kepada bayi itu, Gopichand, 75, berkata, dia amat gembira dengan kelahiran anaknya yang diberi nama Nainu Singh.

Difahamkan, Gopichand yang juga seorang bekas tentera telah ke pusat fertiliti selepas melihat saudaranya, Chandravati Devi berjaya hamil selepas melakukan rawatan IVF.

Dalam pada itu, Dr. Pankaj Gupta mengesahkan kedua-dua anak dan ibu berada dalam keadaan baik.

Katanya, bayi itu dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram menerusi kaedah pembedahan.

“Hanya beberapa kes sahaja bayi dilahirkan ibu mereka yang lebih berusia di seluruh negara ini.

“Ini kes pertama di Rajasthan apabila lelaki berusia 75 tahun dan wanita 70 tahun mendapat anak,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jangan sampai dirampas, ada sebab Fayadh Zulkifli layak terus wakili KDA FC – Sukan

Next Post

Sabah FC masih sayangkan Embalo – Sukan

Related Posts