Selepas 3 penampilan berturut-turut, import baharu TFC tiba-tiba menghilang – Sukan


NAIB juara Liga Super musim 2022, Terengganu FC (TFC) dilihat semakin kurang memberi persaingan dan ancaman kepada lawan selepas hanya merekodkan satu kemenangan dalam empat aksi setakat ini.

Meskipun baharu di awal musim namun dengan rentak sebegitu pastinya secara perlahan-lahan akan menjatuhkan moral pemain dan skuad Penyu juga tidak ingin mendapat keputusan negatif sahaja.

Melihat kepada statistik TFC, ada penyokong yang meletakkan dua kekalahan itu di tangan jentera serangan skuad Penyu dan nama penyerang import utama, Ivan Mamut menjadi kecaman penyokong.

Selepas diturunkan dalam tiga aksi Liga Super, pemain dari Croatia itu masih gagal menunjukkan taringnya sehinggakan ada penyokong yang mengambil kesempatan untuk mengecam Ivan depan-depan.

Pada awal bulan ini tular, seorang lelaki dipercayai penyokong Terengganu FC, menunjukkan sikap biadap apabila mengutuk Ivan ketika pemain itu sedang membeli-belah di sebuah pasar raya.

Malah, pengendali skuad Penyu, Tomislav Steinbruckner juga pernah memberi bayangan akan menggurkan Ivan dan memberi peluang kepada penyerang simpanan, Jordan Mintah yang bersama TFC II.

Ivan dikritik berikutan kegagalannya untuk mencetak gol buat TFC. — Facebook/TFC

Impian penyokong yang tidak ingin lagi melihat kelibat pemain berusia 25 tahun itu beraksi bersama Terengganu nampaknya akan tercapai apabila kelibatnya tidak kelihatan dalam beberapa sesi latihan TFC.

Dalam perkembangan terbaharu TFC di laman Facebook rasmi pasukan itu, penyerang berketinggian 1.92 meter berkenaan tidak berada di Seremban menjelang perlawanan menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) pada Khamis ini.

Bukan itu sahaja, Ivan juga tidak diturunkan dalam perlawanan ketika Terengganu menang 1-0 ke atas PDRM FC selepas tiga penampilannya bersama skuad Penyu bagi aksi Liga Super.

Bagaimanapun, masih tiada laporan rasmi daripada pihak pengurusan skuad Penyu sama ada akan terus menggunakan khidmat Ivan dalam perlawanan di Paroi dan aksi-aksi Liga Super selepas ini.

Berdasarkan rekod, TFC kini menghuni di tangga ketujuh liga dengan mengutip empat mata hasil empat perlawanan manakala Negeri Sembilan menduduki tangga kedua tercorot dengan mengumpul dua mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kami mungkin tiada peluang tumpaskan Real Madrid — Klopp – Sukan

Next Post

Ketiadaan Casemiro buka peluang 4 bintang Man United kembali bersinar – Sukan

Related Posts