Selepas 2 minggu dilancar, malangnya FIFA 23 terima reviu negatif – Sukan


SELEPAS dua minggu dilancarkan, FIFA 23 mendapat ulasan negatif yang banyak di Steam dan juga Metacritic.

Rata-rata orang ramai mempunyai alasan tersendiri kenapa mereka memberi ulasan tahap rendah terhadap video permainan FIFA terakhir yang dibangunkan oleh Electronic Arts (EA).

Bagi sesiapa yang tidak tahu, FIFA 23 adalah permainan terakhir EA Sports bekerjasama dengan FIFA, namun EA masih dapat mengekalkan lesen mereka yang mana ia merangkumi 300 rakan kongsi, 19,000 pemain, 700 pasukan, 100 stadium dan 30 liga di seluruh dunia termasuk kejohanan sedia ada.

Jika lihat di Metacritic, ada yang mengatakan video permainan FIFA 23 ialah “Pay to Win”, kerana terlalu banyak bug sehingga menyebabkan game tidak boleh dimainkan dan ada juga yang mengkritik FIFA 23 langsung tidak seimbang.

Berdasarkan komen negatif, ia meninggalkan kesan yang sangat buruk kepada user score di Metacritic dengan hanya 2.3 untuk PS5, 2.2 untuk Xbox Series X|S dan 2.0 untuk versi PC.

Tangkap layar rating FIFA 23 yang diberikan orang ramai di Metacritic.

Manakala di Steam, orang ramai meninggalkan ulasan negatif sehingga berstatus “Mostly Negative”.

Terdapat seorang pemain yang meminta duitnya kembali selepas bermain FIFA 23 lebih enam jam, malangnya permintaan itu ditolak.

Bukan itu sahaja, ada juga pemain yang menghabiskan duit mereka tetapi langsung tidak dapat masuk dan bermain FIFA 23 kerana mempunyai masalah anti-cheat.

Tangkap layar komen pemain yang tidak berpuas hati dengan permainan FIFA 23.

Ada juga pemain bermain lebih 10 jam dan apabila ingin membuka kembali permainan, terdapat masalah anti-cheat yang tidak membenarkan permainan itu dibuka semula.

Menerusi komen itu juga, seorang pemain sanggup menghabiskan duit membeli FIFA 23 Ultimate Edition untuk bermain tiga minit lebih awal.

Namun apakan daya, anti-cheat yang disediakan oleh EA sangat teruk sehingga tidak boleh dibuka.

Tangkap layar komen pemain berkenaan anti-cheat yang tidak membenarkan mereka memasuki permainan.

Namun, ada juga yang meminta EA membuat patch secepat mungkin untuk membenarkan pemain yang bernasib malang ini bermain.

Apapun, harapnya EA dapat mengeluarkan patch terbaharu bagi memperbetulkan bug dan segala masalah yang timbul. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sama level Arif Aiman, DOKS tak patut ‘peram’ Azhad Harraz di bangku simpanan – Sukan

Next Post

Nasib Nafuzi Zain diketahui 25 Oktober – Sukan

Related Posts