‘Selangor kuat, ada ramai pemain kebangsaan’, Nafuzi ulas kekalahan Sang Kenari – Sukan


KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) terpaksa berputih mata untuk mara ke pusingan akhir Piala Harapan 2023 selepas tewas di tangan Selangor FC dalam perlawanan di Stadium Negeri, Batu Kawan, Pulau Pinang pada Khamis.

Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe itu menewaskan skuad Sang Kenari menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 selepas kedua-dua pasukan buntu mencari gol kemenangan dalam 90 minit masa sebenar perlawanan.

Di sebalik kekalahan pasukan Hijau Kuning, ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain begitupun berpendapat, aksi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya cukup baik.

Selangor FC memberikan saingan sengit kepada KDA FC dalam aksi semifinal Piala Harapan. — Facebook KDA FC

Menurut Nafuzi, dia amat berpuas hati dengan persembahan Kedah meskipun ketiadaan beberapa tonggak utama termasuk pemain tengah, Manuel Ott.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati. Kalau tengok suasana macam perlawanan Liga Super, bukan macam friendly biasa-biasa.

“Intensiti game terlalu tinggi untuk perlawanan persahabatan dan bagi pasukan saya, untuk tempoh 90 minit, dengan pemain-pemain baharu, itu bukan sesuatu yang senang.

“Biasalah perasaan dalam padang, tengah bermain kita rasa kita lagi better tapi tak nampak orang lain lagi better, itu normal tapi kita pelajari kesilapan ini untuk dihindari pada masa depan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Nafuzi berkata, KDA FC akan membuat persediaan lebih rapi bagi menghadapi saingan Liga Super. — Facebook KDA FC

Nafuzi berkata, perlawanan itu cukup bermakna buat semua pemain kerana selepas ini, mereka perlu menggandakan usaha untuk memperbaiki apa-apa kelemahan yang ada.

“Lawan pasukan Selangor bukan mudah. Kita tengok berapa ramai pemain kebangsaan ada dalam pasukan tu. Kedah ada Lee Tuck dan Kalamullah Al-Hafiz saja.

“Apapun banyak benda kita dapat belajar. Kita memang nak menang tapi ada benda lain lagi yang perlu diteliti dan ditambah baik. Kita akan buat persediaan lebih rapi untuk pasukan.

“Aksi persahabatan ini juga dapat bantu pasukan apabila perlu berdepan lawan lebih kuat yang kita kurang familiar seperti pasukan dalam aksi pramusim di Turkiye nanti,” katanya.

Mengulas mengenai peningkatan pasukan Kedah yang dikendalikannya musim ini, Nafuzi berkata, dia turut berpuas hati dengan prestasi pemain-pemain yang ada.

“Kita nampak ada peningkatan daripada beberapa aspek. Kalau ikutkan apa yang saya mahukan, memang perlukan sedikit masa tapi dari segi improvement memang ada, itu yang buat saya gembira.

“Dalam perlawanan menentang Selangor ini pun, kita cipta banyak peluang. Dari segi apa yang saya demand daripada pemain, itu yang penting untuk persediaan akan datang,” katanya.

Lee Tuck menunjukkan prestasi memberangsangkan walaupun pada usia 34 tahun. — Facebook KDA FC

Bercakap mengenai persembahan Lee Tuck, Nafuzi berpendapat, pemain naturalisasi berusia 34 tahun itu tidak menjadikan faktor umur sebagai penghalang untuk mempamerkan aksi terbaik.

“Bagi saya dan Lee Tuck, kami memahami satu sama lain memandangkan dia bersama saya di Terengganu FC sebelum ini sampai sekarang kami di KDA FC pula.

“Dari segi komitmen dan work rate dia, memang tak dinafikan walaupun umur sebegitu, nampak dia berusaha lebih lagi daripada pemain muda meskipun dia sedikit berusia. Dia betul-betul seorang yang profesional bagi saya,” katanya.

Dalam pada itu, Nafuzi berasakan sembilan import termasuk dua pemain baharu yang akan diumumkan dalam masa terdekat sudah mencukupi untuk memperkuatkan pasukan Sang Kenari.

“Untuk skuad pertama KDA FC, saya rasa cukup dah import, yang lain-lain tu boleh bersama di Liga Simpanan dan standby untuk team kita,” katanya.

Sang Kenari kini memiliki tujuh pemain import iaitu Amirbek Jurabaev dari Tajikistan, Manuel Ott (Filipina), Alan Robertson (Afrika Selatan), Manuel Hidalgo (Argentina), Bojan Ciger (Serbia), Willian Lira (Brazil) dan Jonathan Balotelli (Brazil). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Selain Daryl Sham, anak Orang Asli antara penyerang muda bakal gegarkan Liga Super 2023 – Sukan

Next Post

Kedutaan Malaysia di Bahrain raikan kejayaan negara di Majlis FIFA – Sukan

Related Posts