Selalu terlepas saman, Rossi akui tak suka jadi figura terkenal

BAGI peminat sukan permotoran, tentunya cukup mengenali figura terkemuka, Valentino Rossi yang sinonim dengan nombor 46 miliknya atau gelaran The Doctor.

Juara dunia sebanyak sembilan kali itu akhirnya bakal mengucapkan selamat tinggal kepada dunia permotoran pada penghujung musim 2021.

Pencapaiannya dalam arena permotoran menjadikan beliau sebagai ikon MotoGP.

Rossi bagaimanapun baru-baru ini mengakui beliau tidak suka menjadi seorang atlet terkenal.

Dalam wawancaranya bersama stesen penyiaran DAZN, Rossi mengakui beliau sering kali bimbang tentang privasinya dan tidak tenang untuk menjalani kehidupan sehariannya.

Namun Rossi mendedahkan statusnya itu kadang-kala memberi ‘manfaat’ kepada beliau dan salah satunya adalah melepaskan diri daripada polis.

“Kadang-kala apabila polis meminta saya berhenti kerana memandu laju di jalan raya dan sebaik sahaja mereka melihat saya, mereka berkata ‘Oh, ini Rossi’.

“Saya dilepaskan begitu sahaja oleh pihak polis,” kata Rossi seperti dipetik oleh Marca.

Pada musim ini, Rossi yang berlumba untuk pasukan Petronas berada di kedudukan ke-21 secara keseluruhannya dengan 28 mata. — Detik

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Riyad, Grealish bertengkar, Guardiola tak puas hati walaupun menang

Next Post

Kelab ‘tanpa negara’ lakar sejarah Liga Juara-Juara

Related Posts