Selain usia muda, ini 5 lagi sebab kenapa Nafuzi Zain ‘coach’ terhangat di pasaran, jadi rebutan Kedah-Kelantan-TFC – Sukan


NAMA ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan peminat bola sepak tempatan setelah dia berjaya membuktikan kemampuannya beberapa tahun kebelakangan ini.

Musim ini sahaja, pengendali berusia 44 tahun itu berjaya mengemudi pasukan Pantai Timur itu untuk menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua walaupun menghadapi pembukaan musim yang sukar.

Kedudukan akhir tersebut membolehkan skuad Sang Penyu untuk layak ke Piala AFC 2023, sekali gus membolehkan pihak pengurusan Terengganu menarik lebih ramai bintang ketika jendela perpindahan akan datang.

Tidak cukup dengan itu, dia juga berjaya membawa pasukan itu ke pentas akhir Piala FA walaupun anak-anak buahnya gagal menundukkan cabaran daripada Johor Darul Takzim (JDT).

Bagaimanapun, terdapat laporan di media sosial sebelum ini yang mengatakan Nafuzi kurang berpuas hati dengan layanan pihak pentadbiran walaupun sudah bersusah payah bersama pasukan itu.

Perkara itu mula menarik perhatian beberapa kelab Liga Malaysia lain dengan Kelantan FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC dilaporkan mahu mendapatkan khidmat jurulatih kelahiran Kelantan itu.

Tetapi, pihak pengurusan Terengganu FC pada Selasa bertindak untuk menawarkan lanjutan kontrak kepada Nafuzi apabila sudah berpuas hati dengan pencapaiannya musim ini.

Timbul pula persoalan, apakah yang menyebabkan kelab-kelab Liga Malaysia tertarik dengan Nafuzi selain daripada usianya yang masih muda dalam bidang kejurulatihan?

1. Taktikal berkualiti

Pergelutan pada awal musim lalu menimbulkan pelbagai kesangsian dalam kalangan penyokong yang tidak berhasrat untuk melihat jurulatih itu pada musim akan datang.

Tetapi, dengan usaha dan semangat Nafuzi, ia jelas tidak mengecewakan apabila skuad Sang Penyu berjaya menamatkan saingan di tangga kedua selepas memintas Sabah FC.

Perkara itu dibuktikan dengan pendekatan taktikal jurulatih muda itu dengan ketajaman jentera serangan serta keutuhan tembok pertahanan berjaya dicipta.

Taktikal dan pendekatan Nafuzi menjadikan skuad Sang Penyu satu pasukan yang mantap. — Facebook/Terengganu FC

Dalam 22 perlawanan liga, barisan serangan Terengganu FC yang diketuai kapten, Tchetche Kipre berjaya menghasilkan 39 gol iaitu satu rekod cemerlang berbanding pasukan lain.

Tidak cukup dengan itu, pertahananan pasukan juga perlu diberikan pujian melambung apabila hanya dibolosi sebanyak 20 kali dengan hanya JDT mempunyai rekod lebih baik.

Statistik itu membuktikan pendekatan Nafuzi dalam setiap perlawanan membuahkan hasil selain berjaya mencipta rentak permainan bersemangat dan sistematik.

Selain itu, dia juga tidak teragak-agak untuk menurunkan barisan pemain berbeza dengan menggilirkan pasukan bagi membolehkan mereka berada di tahap kecergasan terbaik.

Tonggak pasukan, seperti Kpah Sherman dan Petrus Shitembi sering digugurkan daripada pasukan namun, ia tidak memberi kesan buruk dengan Nafuzi mempercayai kesebelasan utama yang diturunkan.

Oleh itu, tidak timbul sebarang keraguan di atas pendekatan taktikal jurulatih tersebut apabila ia membuahkan hasil dan keputusan yang diingini.

2. Usia yang muda

Tidak boleh dinafikan bahawa usia seseorang itu cukup memberi peranan dalam sukan bola sepak untuk memastikan kariernya bersama sesuatu pasukan berada dalam tempoh yang panjang.

Nagi Nafuzi, usianya yang baru sahaja mencecah 44 tahun merupakan salah satu punca utama atas minat ditunjukkan kelab-kelab lain terhadap potensinya itu.

Perkara itu ditambah pula dengan prestasinya musim ini apabila penyokong mula berasakan masa depan Nafuzi dalam sukan itu adalah cerah.

Di samping itu, sikap keterbuakannya untuk menimba lebih banyak ilmu dalam bidang kejurulatihan membolehkan pihak pengurusan tidak teragak-agak untuk mendapatkan khidmatnya.

Ketiadaan pengurus muda dan berpotensi ketika ini juga menaikkan lagi minat terhadap Nafuzi dengan ketua jurulatih muda Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya masih belum menunjukkan kebolehannya.

Selain itu, dengan beberapa pasukan mula berhasrat untuk membina satu skuad lebih mampan, jurulatih muda pastinya dicari tatkala komitmen mereka bakal ditagih untuk jangka masa panjang.

3. Anak buah Irfan Bakti

Sebelum memulakan karier kejurulatihannya, Nafuzi pernah bertugas sebagai pembantu jurulatih bersama pasukan simpanan Terengganu FC dan Kelantan FC.

Pengalaman itu pastinya berharga buatnya, lebih-lebih lagi apabila dia pernah menuntut ilmu bersama pengendali tempatan berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim.

Dia sememangnya satu figura yang penting dalam arena bola sepak tempatan apabila kariernya yang memasuki 20 tahun dilimpahi kejuaraan demi kejuaraan, termasuk kejayaan menjulang Piala FA 2011 bersama Terengganu.

Nafuzi (kanan) merupakan anak didikan Irfan Bakti selama beberapa tahun. — Twitter/@Terengganu11

Ketika ini, jurulatih berusia 71 tahun itu sedang menabur khidmatnya bersama pasukan Borneo, Kuching City FC dengan sentuhannya masih berkesan.

Di samping itu, perlu diingatkan juga bahawa Nafuzi merupakan individu yang memegang tampuk kejurulatihan Terengganu FC selepas Irfan Bakti memilih untuk meninggalkan pasukan tersebut.

Jadi, tidak boleh dinafikan bahawa kebanyakan selok-belok Nafuzi dalam kariernya adalah berpunca daripada pengaruh guru berpengalamannya itu.

Selain itu, perkara itu pasti mengundang perhatian ramai dengan tahap pengetahuan pengendali muda itu terhadap arena bola sepak negara dilihat sudah mencukupi.

4. Kejayaan terbukti

Seperti yang diperkatakan awal tadi, kejayaan Nafuzi untuk membawa Terengganu FC sebagai salah satu pencabar membuktikan kualiti yang dimilikinya.

Selain menghasilkan rentak permainan yang tersendiri, prestasi konsisten dalam liga juga dipandang tinggi pihak pengurusan lawan selepas mencatatkan sembilan kemenangan berturut-turut.

Musim lalu, skuad kendaliannya berjaya membawa pulang 44 mata dengan hanya enam kekalahan dialami dengan ia cukup menunjukkan ciri-ciri yang dimiliki Nafuzi.

Perkara itu dikuatkan lagi dengan kejayaan Nafuzi untuk membawa pasukan Pantai Timur itu ke perlawanan akhir Piala FA walaupun berdepan cabaran getir di peringkat separuh akhir bertemu Selangor FC.

Nafuzi (tengah) berjaya membimbing skuad Sang Penyu ke pentas Asia. — Facebook/Terengganu FC

Ketika ini, tumpuan Terengganu FC sudah beralih kepada Piala Malaysia dengan pasukan itu kelihatan bersedia untuk bertemu anak-anak buah Datuk Dollah Salleh.

Pertembungan di antara kedua-dua pasukan itu seakan-akan menyebelahi Terengganu FC apabila mereka berjaya menundukkan Sri Pahang FC dalam dua perlawanan musim ini.

Meskipun penyokong berasakan skuad Tok Gajah adalah lawan yang sukar, Nafuzi pastinya tidak terkesan dengan pemikiran itu dalam usahanya membantu pasukan meraih satu kenanagan manis.

Ketika ini, tidak ramai daripada jurulatih yang tersedia dalam pentas bola sepak tanah air yang mempunyai kemampuan dan kredibiliti seperti Nafuzi sepanjang tempoh kejurulatihannya.

Jadi, ia seakan-akan memberi bayangan bahawa Nafuzi merupakan calon terbaik buat mana-mana pasukan yang berhasrat untuk menggunakan khidmat jurulatih tempatan.

5. Hubungan bersama Faisal Halim

Sebelum ini, ketika hangat diperkatakan mengenai nasib jurulatih itu, beberapa pemain meluahkan hasrat kepada pihak pengurusan untuk mengekalkannya.

Antara tonggak pasukan yang lantang dengan perkara itu ialah pemain sayap, Faisal Halim yang mengatakan masa depannya bersama Terengganu FC adalah berpandukan jurulatihnya itu.

Situasi Faisal adalah sama dengan Nafuzi apabila kebanyakan pasukan, seperti KDA FC dan Selangor FC dikatakan sebagai destinasi sesuai buat pemain kebangsaan itu.

Meskipun sudah layak ke pentas Asia, ‘Mickey’ pastinya tidak menolak idea untuk berhjirah ketika jendela perpindahan akan datang berikutan tawaran menarik yang dihidang.

Hubungan antara Faisal dan Nafuzi ibarat isi dengan kuku. — Facebook/Terengganu FC

Namun, dengan tanda tanya mengenai masa depan pengendali itu seakan-akan sudah terjawab, pemain berusia 24 tahun itu berpotensi untuk kekal buat beberapa musim lagi.

Kerjasama antara Faisal dan Nafuzi kelihatan cukup serasi apabila enam gol dan sembilan bantuan yang dicipta pemain sayap itu berjaya memacu kedudukan Terengganu FC dalam liga.

Oleh itu, kelab-kelab lain pasti menyedari akan hal itu dengan kehadiran Nafuzi dilihat bakal membawa beberapa bintang Sang Penyu, terutama Faisal Halim.

6. Sentuhan ke atas pemain

Awal musim lalu, beberapa pemain import baharu, seperti Pape Diakite dan Tchetche Kipre menjadi bahan bualan dengan penyokong tidak ‘merestui’ kehadiran mereka.

Kegoyahan dan kesukaran untuk mencipta keserasian bersama rakan sepasukan dilihat menyekat kemampuan tersendiri, sekali gus menyukarkan gerak-geri pasukan.

Bagaimanapun, dengan Nafuzi memahami kemampuan masing-masing, tidak hairanlah apabila penyokong mula berhasrat untuk pemain tersebut kekal beberapa musim lagi.

Tchetche berjaya membuktikan kebolehannya pada penghujung musim. — Facebook/Terengganu FC

Selain itu, keputusan jurulatih itu untuk membawa masuk pemain sayap Selangor FC, Nik Sharif Hassefy secara pinjaman juga perlu diberi kredit setelah pemain itu menghabiskan majoriti musim lalu di bangku simpanan.

Ketika ini, Nik Sharif kelihatan lebih mengancam di posisi sayap menerusi gerakan lincah serta kemampuan untuk mengelirukan pihak lawan untuk mencipta peluang jaringan.

Ini membuktikan satu lagi ciri-ciri yang menarik perhatian pihak lawan dengan Nafuzi berjaya mengenal-pasti kelebihan serta kekurangan barisan pemainnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Mungkin tiada rezeki’, Salahuddin akui pernah terima tawaran jurulatih daripada FAM – Sukan

Next Post

Jadi rebutan Kedah-Pahang-JDT, status ‘injury prone’ bintang import Perancis undang tanda tanya – Sukan

Related Posts